Tuesday, October 28, 2008

####


smart gambar nih...letak kuning sikit pun dah gerek
pagoda dan gitar...
minah berkerudung batik
ala ala gadis kampung yang pemalu

Mengertilah...



Sembilu suratan takdir

Kadangkala, sepatah kata ia menjadi sembilu

Mencucuk di dasar hati, berbisa di ulu hati

Ucapan ‘maaf’ sememangnya murni

Tetapi belum tentu ianya suci

Air mata sudah menjadi galang ganti

Kadangkala, kita menyangka si dia berdiam diri untuk memberi kita sedikit masa

Hakikatnya, si dia menunggu jawapan yang terbaik dari kita

Kadangkala kita menyangka membisu itu harga bagi diri

Harga sebuah masa depan

Tanda kekuatan tawakal

Tetapi ia juga tanda keegoaan

Berbicaralah walau sepatah

Senyumlah walau sebentar

Ia menjernihkan hati

Melapangkan yang sesak

Merungkai yang berselirat

Adakah salah manusia memilih takdirnya?

Jika Tuhan menghadiahkan sebuah takdir

Adakah pilihan manusia bukannya takdir?

Wahai hati

Mengertilah …

Saturday, October 25, 2008

Seketul hati


Pintu ikhlas

Niat merupakan hati bagi amal.Ianya menjadi asas dalam semua tindak tanduk kita sehinggakan dalam perkara ibadat hatta urusan dunia, hati menjadi enjin utamanya.Hati yang terbaik adalah hati yang dapat melahirkan satu perasaan ikhlas kepada Allah Taala.Daripada ikhlas inilah munculnya gerak kerja perbuatan yang terbaik, bersungguh – sungguh, teliti, mengikut syarak malah barakah dan mendapat pahala.

Setiap orang berlainan ahwal hatinya.Ada yang hatinya dibaja oleh ibu bapanya yang beragama, ada hati yang terbentuk daripada suasana persekitaran, ada yang hatinya memancar nurnya hasil daripada sumber makanan yang halal, ada yang hatinya dibentuk oleh guru agamanya, bahkan ada juga hatinya yang disaluti dengan kegelapan maksiat.Pendek kata, hati manusia itu lain – lain dan bermacam bentuk dan rupa.

Pemurahnya Allah, dia menjadikan pintu ikhlas itu berbeza – beza sebagai satu tanda kebesaran Allah Taala mengetahui perihal hati hambanya yang berbeza – beza.Sepertimana seseorang yang memasuki pintu sebuah gedung pasaraya yang besar, ada yang suka masuk melalui pintu utama, ada yang gemar masuk daripada pintu yang berdekatan kawasan letak kereta, ada juga yang masuk daripada pintu belakang, bawah tanah dan sebagainya.Begitu juga manusia apabila dia mahu memasuki pintu ikhlas.

Mereka memasuki pintu – pintu ikhlas itu sesuai dengan kecenderungan mereka.Di dalam hadis, nabi SAW menyatakan pintu ikhlas itu bermacam – macam.Ada yang memasukinya melalui pintu seorang hamba yang berniaga dengan Allah Taala ( mengharapkan balasan syurga), ada yang memasukinya melalui pintu seorang abdi ( beramal kerana takutkan Allah) dan ada juga yang memasukinya melalui pintu orang yang merdeka ( beramal kerana perasaan syukur dan tidak mengharapkan apa – apa daripada Allah Taala).

Sekali imbas, seolah – olah pintu yang ketiga itu pintu ikhlas yang hakiki tetapi sebenarnya ketiga – tiga pintu itu adalah pintu – pintu ibadat yang ikhlas kepada Allah Taala tetapi martabatnya sahaja yang berbeza.Pokoknya, amalannya ikhlas dan diangkat oleh malaikat ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah Taala.



Azam dan fokus

Di dalam falsafah hadis niat yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi Rahimahullah, seolah – olah keterangan tentang niat itu diulang sebanyak dua kali.

Pertamanya,

" انما الأعمال بالنية "

“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat”

Keduanya,

" و انما لكل امر ما نوى "

“dan sesungguhnya setiap manusia itu dengan apa yang diniatkan”

Sekali imbas seperti dua kali ianya diulang tentang niat, tetapi sebenarnya hanya yang pertama itu sahaja menerangkan tentang niat.Di sebaliknya, menerangkan terkandung segala jenis peringkat – peringkat yang berkaitan dengan hati seperti hasutan syaitan, lintasan hati, detikan hati, azam dan juga niat ( mahu melakukan sesuatu serentak dengan amal).

Manakala potongan ayat yang kedua itu adalah tentang amal daripada niat ( fokus)

Telitinya jauharah kalam Nabi SAW, potongan ayat yang kedua itu mengandungi falsafah niat yang cukup unik iaitu setiap manusia itu dengan apa yang diniatkan atau yang kita gelar sebagai matlamat dan fokus.Daripada sedikit kalam Rasulullah SAW yang ajaib ini, munculnya segala ilmu – ilmu psikologi yang mengupas tentang keajaiban seketul hati, munculnya modal – modal ahli – ahli motivasi yang hanya menjadikan modul niat dan fokus kepada matlamat dalam membina minda pelajar/pekerja/ahli – ahli korporat sebagai minda kelas pertama.

Lahirnya sebuah niat kemudian kepada gerakan anggota dan kepada pemusatan fikiran dan kerja kepada amal.Hasilnya satu kualiti kerja yang cemerlang.

Lantas, kalam hujjatul Islam imam Al Ghazali sepatutnya menjadi pegangan setiap Muslim yang cemerlang dan mahukan kecemerlangan.

“ Hati itu raja ( memeritah ), akal itu menterinya ( mengatur ), anggota itu rakyatnya ( yang melakukan kerja)”

Beza Muslim dan bukan Muslim

Namun, perlu diingat sebagai Muslim.Orang kafir juga ada niat, ada akal, ada fokusnya.Di sana, Nabi Saw berpesan lagi.Jika niatnya untuk Allah dan rasulnya maka benarlah dia.Jika matlamatnya hanya dunia semata – mata, tunggu sahaja balanya.Maka pembeza antara seorang Muslim dan Kafir adalah Allah dan Rasulnya.Betulkan niat kita, tetapkan matlamat, usaha bersungguh – sungguh, fokus dan tajdidlah hati kita saban hari.

Monday, October 13, 2008

hargai nikmat


Kalau anda yang berada ditempatnya...
Sesuatu nikmat tidak akan kita hargai kecuali setelah kita kehilangannya.
Tetapi tidak semua kata - kata ini sesuai digunakan dalam semua keadaan.
Apa salahnya kita belajar menjadi hamba yang bersyukur sebelum Allah menarik nikmatnya kembali.

Udara, tanah, masa, alam, kesempurnaan diri dan segala nikmat yang ada sesuatu yang jarang - jarang kita pinta dalam doa kita setiap pagi, setiap hari.
Balik - balik kita pinta benda yang kita idam - idamkan...kejayaan, kekayaan, lulus exam, umur panjang dan sebagainya.
Benda - benda yang pada pandangan kita tidak penting, sering kita abaikan.
Tetapi Allah tetap sediakan semuanya untuk kita.
Tidak tunggu dipinta, Allah berikan juga.
Free pula.

Betul - betul Dia itu Robb.
Benar - benar kita ini hamba ( maksud saya, kitalah..manusia, siapa lagi)

Sunday, October 12, 2008

T

Kawan boleh membantu
Kawan juga boleh membantuT

HUrmm.....

Nasib baik saya sejenis manusia yang boleh berdiri di kaki sendiri.
Hanya kadangkala memerlukan sebatang tongkat untuk berjalan dengan baik.
Itupun jika terpaksa.
Bahkan, saya teliti dalam memilih tongkat...biarlah tongkat yang kuat, keras.
Sesiapa yang pernah ke Idfu, ada sejenis tongkat khas yang digunakan untuk upacara tarian pedang.
Ballat...itu namanya.Kayu yang keras dan berat.

Carilah kawan yang terbaik sekalipun hanya ada seorang daripada seratus juta kawan yang tidak baik.

Selamat kembali untuk seorang kawan...Aemon
Harap - harap dia ada bawakan saya buku - buku falsafah yang saya pesan dari tanahair walaupun hanya sebuah cuma...kalau tak...kalau tak...kalau tak...
....ballat itu akan menjadi hadiah untuk kepalanya :)

Thursday, October 9, 2008

hari pertama

Hari pertama melangkah ke kuliah.
Semangat macam biasa....tiap - tiap hari ada semangat yang baru.Tak muncul istilah semangat baru dalam hidup saya kecuali semalam dan esok dengan semangat yang berlainan.Ikut mood.

Mesir Bumi yang barakah, saya berdoa moga tidak putus asa dan makin ditambah himmah untuk kuat berusaha setiap hari.Mintalah apa sahaja di sini, insyaAllah makbul....( kahwin cepat - sebagai contoh)

Hadiah pertama hari ini adalah satu tunjalan sekuat menjentik buah karom oleh seorang pelajar Arab...agak kurang ajar.Bukannya agak, memang kurang ajar pun.

Satu tunjalan di kepala dengan ucapan yang agak sinis dan menyakitkan hati gara - gara saya tidak melayan permintaannya memperdengarkan bacaan fatihah saya kepadanya.

Untuk apa?

" Kepala kau kosong dengan Al Quran....huh"

Memang kosong,....lantas saya tidak jadi marah.
Nasib baik kau Arab Mesir, mungkin - mungkin sahaja berdarah anbiya'.
Sabar dan giatkan hafalan al Quran.

Wednesday, October 8, 2008

kawan

Susah nak cari kawan yang berkawan dengan kita tanpa apa - apa kepentingan.
Susah juga nak berkasih dengan orang tercinta tanpa benda yang sama.Entah - entah kasihnya kerana sesuatu.Paras rupa, wang, karisma, ayat - ayat manis...hatta sekalipun agama.

Adakah ibu dan ayah memberi kasih kerana kita membawa kepentingan kepada mereka.
Keluarga yang lain....adakah begitu juga?

Kenapa?

Soalan yang sukar dijawab.
Adakah kerana hidup sesama makhluk saling memerlukan?
Maka ia mewujudkan satu sikap berkawan...berhajat kepada sebab.
Sebab itu ....sebab ini.

Kalau tak berkawan dengan dia....susahlah nak mintak dia ajar saya.
Kalau tak tolong dia hari ini....esok lusa...tentu dia tak tolong aku.
Kalau tak temankan dia pergi shopping...jawabnya esok aku pergi mana - mana sendirian.

Kenapa bersebab dalam berkawan.

Kawan untuk tertawa gembira terlalu ramai.
Kawan untuk sama - sama menemani kita sewaktu berduka tak ramai tapi ada.Walaupun jumlahnya sedikit....dia ada.

Tapi yang ada itu...ikhlaskah?
Tidak mengapa dia tidak ikhlas..yang penting kita ikhlas.
Lebih bermakna kerana kita lakukannya kerana Allah Taala.
Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati kita.

"Rasa macam nak terjun bangunan bila gagal imtihan" - Asri Jaafar.

Sedih di hati kita...seorang atau sejuta kawan hanya boleh mendengar dan memujuk kita. Hakikatnya mana ada orang yang tahu kesedihan kita.

Kesimpulannya...saya masih berdoa supaya dikurniakan seorang kawan sejati.
Saya doakan anda juga.
Biarlah dia hanya seorang pengemis jalanan tetapi bila saya melihatnya, saya akan teringat kepada Tuhan saya, menambah taqwa dan bertambah taqarrub kepada Tuhan.Sanggup berkorban apa sahaja kerana Dia.

Nabi SAW mengajar kita ini....
Nabi SAW menggelar mereka SAHABAT.
Kerana mereka bersahabat tanpa sebab tetapi semata - mata hanya kerana zat yang tidak bersandar kepada sebab.
Itulah DIA...Allah Taala.

Sunday, October 5, 2008

Terlambat

Ampun dan maaf dipinta.
Zahir dan batin.
Depan dan belakang serta sisi kanan dan kiri.
Zahir dan tersembunyi.
Hati, perbuatan juga lisan.

Dosa yang paling saya takuti adalah dosa sesama manusia kerana saya amat yakin bahawa manusia tidak bersifat dengan sifat Maha Pengampun.

Selamat hari raya.

Wednesday, September 17, 2008

Malu dan teguran

Hari ini saya ambil semula gambar saya di blog ni.Baru sahaja beberapa hari lepas saya letakkan, sengaja mahu menguji rasa malu saya.

Rupanya saya pemalu ( dengan pasti).

Gambar saya hanya ada sekeping di friendster, ada tujuan dharuri ia diletakkan di situ.
Malu biarlah bertempat.

Walaupun pada asalnya saya meletakkannya ( di blog) hanya dengan tujuan supaya orang yang bertandang kenal, saya siapa, tetapi rasa tidak berbaloi menggadaikan rasa malu yang telah sebati dalam diri.Mak saya yang ajar rasanya....malu - malu begini.Mak pernah kata,

"Tak semestinya hero muncul selalu di atas pentas, tak semestinya orang hebat perlu dikenal orang"

Terima kasih mak.

Teguran

Saya baru sahaja tadi melayari sebuah blog ( tak ada pun alamatnya dalam penjejak blog di tepi itu- jaga air mukanya ).Saya masuk ke blognya melalui jalan lain, bukan daripada nama - nama blog yang tertera disebelah.

Terasa penulisnya seperti menggangap khidmat free blog ini hak mutlak untuk menulis sebarang idea.Pelik - pelik kadang - kadang.Dahulu, saya pun mahu juga menulis sedemikian rupa, biar orang baca idea - idea pelik dan baru saya.Namun, saya terasa seperti orang gila....ulamak menulis dengan kaedah dan semua kaedah akal telah bersifat kukuh dalam kita mahu mencurah idea.Buktinya, pembinaan ilmu telah berada di peringkat yang sangat baik dan telah didokumentasikan dalam buku - buku dan kitab - kitab para ulamak...berjuta - juta tajuk telah dibahaskan.

Jadi, apabila saya bersifat pelik dengan idea - idea baru saya dalam berfikir ( merasa canggih dengan diri sendiri)...sebenarnya antara dua sahaja.Sama ada saya telah terkeluar daripada jalan pemikiran yang sihat ataupun saya sengaja menanam benih - benih mahukan kebanggaan dengan hasil penulisan saya.Nonsense kedua - duanya.

Kita bukannya seorang muslim yang mahu menjadi ahli pemikir tetapi sebaliknya kita membentuk pemikiran kita berdasarkan cara berfikir para ulamak.Ini manhaj yang saya fikir terbaik, bersifat melindungi akal daripada terbabas menjadi ahli falsafah mulhid dan bersifat berhati - hati dalam mengupas sesuatu tajuk.

Pemikiran kita dibaca orang ramai sedangkan sekarang kita hidup dalam dunia yang serabut.
Jadi, usah serabutkan lagi minda - minda yang kosong daripada roh pemikiran seorang muslim yang sempurna.

Hati - hatilah!
Apabila menulis.


Monday, September 15, 2008

Satukan solat hajat


Muktamar BADAR


( untuk KISASIAN khususnya)- kisasian merujuk kepada pelajar dan x -Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.


Di bawah adalah surat tidak rasmi yang saya ambil daripada Ecah ( Rem).Boleh jenguk blognya di tepi tu.


Berita tentang pembubaran BADAR KISAS agak berombak dikalangan KISASIAN dalam seminggu dua ni.Muktamar BADAR juga baru usai minggu ini.

Selaku orang yang pernah ditarbiah dan berkhidmat untuk BADAR saya mohon kepada semua sekali KISASIAN dan pejuang - pejuang Islam yang ikhlas agar sama - sama berdoa dan bersolat hajat agar BADAR KISAS akan terus kekal mengemudi anak - anak pelajar KISAS.

Doakan juga, BADAR akan terus dilindungi daripada anasir - anasir kurang baik yang tidak sukakan landskap BADAR yang membentuk ramai anak - anak pelajar KISAS menjadi insan - insan yang sarat di dalam hati dan akalnya untuk sentiasa membangunkan Islam di mana sahaja mereka berada.

Saya juga menasihatkan ( sbg orang jauh ) supaya pimpinan BADAR tidak bertindak melulu.Mungkin sahaja transformasi BADAR akan semakin menyemarakkan tarbiah di kolej dan kecemerlangan akademik anak - anak pelajar Kolej.Gunakan sahaja kaedah yang mudah, perubahan nama tidak merubah zat anda semua sebagai pendukung - pendukung organisasi BADAR.Teruskan tarbiah sepertimana biasa.Kita boleh lakukan.

Saya juga berharap KISASIAN tidak gelabah dengan segala khabar angin, doakan sahaja dan buatlah apa yang terdaya.Saya harapkan juga ALKIS dapat mengambil channel dalam isu ini.
Sekian daripada saya ( dengan penuh rendah diri dan rasa kasih kepada BADAR serta perjuangan Islam).

Surat daripada ZAIM.

Assalamualaikum wbt
syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi mengizinkan kita untuk meniti
titian Ramadhan yang berbaki beberapa belas hari lagi ini

di sini, ana cuba bawakan satu berita yang agak sedih buat kita warga
waqafan
x tau la ada yg dah tau ke x

ana petik cerita ni daripada sahabat ana di UTP, Aizuddin Paiman..

cite ni dia cam gini, KISAS skarang dah dinaik taraf menjadi skolah
cluster
yang mana skolah yg mengamalkan sistem pemerintahan mcm kerajaan skrg
( ala ala je )
ada Perdana Menteri, Pilihan Raya, dsb

dan dikhabarkan bahawa, BADAR dikatakan tidak relevan lagi utk berada
di KISAS
esok, 14 September, akan diadakan muktamar BADAR KISAS.
pengetua setuju untuk bubarkan tanzim lama, tapi dia x benarkan untuk
diumumkan tanzim baru
pengetua nak tubuhkan Parlimen KISAS cluster
yang mana hadar kolej, misi, visi yg selama ni kita pegang, akan
ditukar, dan sume student kena hafal benda tu, shinggakan denda akan
dikenakan bagi mereka yang x menghafalnya.

ustaz2, cikgu2 kita yang pernah mengajar kita dulu banyak mengeluh,
sampaikan Puan Maznah sampai menangis melihatkan perubahan yang
pengetua nak buat tu.

pengetua pun ada cakap
"saya dihantar ke sini kerana ada misi tertentu"
masing2 tertanya, misi apa kah itu

kenapa perlu ana bawakan cite ni? kenapa x de cite lain?
sahabat dan sahabiah sekalian
BADAR merupakan satu2 nya badan agama yang menjaga kita di KISAS dulu
baik tarbiyah dan segala2nya
mungkin kadang2 kita x rasa dan x terkesan dengan apa yg dibuat oleh
BADAR
ana akui diri ini pun x rasa, tp bile dah kuar KISAS n masuk UTP, ana
rasa sangat rugi kerana x garap benda2 yg ada di KISAS dulu
kita patut berterima kasih kepada BADAR kerana merekalah yang menjaga
Biah Solehah di KISAS sendiri ( dengan izin Allah )
shinggakan KISAS di sanjung2 oleh orang ramai

jadi, ana mohon sangat2 kepada sahabat2 sekalian, supaya kita
memperbanyakkan solat hajat, mohon kepada Allah swt supaya Allah
menyelamatkan BADAR daripada dihapuskan terus di muka bumi KISAS
sapa lagi nak gerakkan Islam di KISAS kalau bukan BADAR

saidina Umar pernah berkata
"Tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa Pemimpin, Tiada Pemimpin
tanpa Ketaatan"

sekian, wallahu a'lam
salam ukhwah kepada antum semua daripada ana


Muhammad Za'im bin Kamarrulzaman
ex 401 / 507
8942
Electrical and Electronics Engineering
2nd year 2nd semester student
Universiti Teknologi PETRONAS

Lagi laporan : klik sini

Sunday, September 14, 2008

Ameen

Ini doa saya buat kali kedua untuk disamamunajatkan dan di ameenkan bersama untuk saya.Takut - takut saya tidak sempat menulis entry lantaran beberapa hari lagi saya akan bermusafir.Raya pun... saya akan sambut ditempat orang, bukannya bersama - sama kawan - kawan seperti dua tahun yang sudah.

Kiranya ketupat, rendang, lontong mungkin akan diganti dengan ish dan daging rebus di pagi raya ( itupun kalau ada ).

"Ya Allah Ya Tuhanku...Tuhan pemilik alam dan segala isi - isinya.Raja bagi sekalian alam yang luas terbentang, aku mohon padaMu agar dijadikan diriku seorang hambaMu yang zaahid lagi tawadhuk.Diberikan satu perasaan yang sentiasa berhusnuzon di atas setiap gerak hati yang Kau campakkan kepadaku.Aku pinta padaMu agar tidak dibebankan dengan sesuatu amanah yang tidak mampu galasi sekalipun ia hanya seberat sebutir zarah.Aku pohon supaya perjalanan hidupku sehingga matiku ( di dunia dan di akhirat ) akan dipimpin oleh orang - orang yang telah engkau pilih sebagai kekasihMu Ya Allah.Ya Allah hambamu yang hina dina ini memohon agar diberika bashirah yang tinggi, akal yang celik, hati yang bersih, jiwa yang kental dan iman yang kukuh sebagai satu persediaan memikul beban dakwah peninggalan RAsulMu.Ampuni jua dosa - dosaku yang telah lalu, sekarang dan juga akan datang.Ku mohon agar diriku, kedua ibu bapaku, guru - guruku, masayikhku, orang- orang yang sentiasa bersamaku juga semua umat muslimin dan muslimat dipelihara olehMu Ya Allah.Ya Allah perkenankan doa hambaMu ini..ameen"

mumble..

Ada perut yang sihat
Ada mulut yang bisa mengunyah

Dua nikmat yg sangat besar nilainya.
Boleh bersahur dan berbuka puasa dgn selesa.

"Ya Allah...kau yang memberi.Kau juga yang mengambilnya kembali.Kau juga yang memberinya kembali"

" Berikanku kefahaman memahami sifat qudrat dan iradah Mu yang mutlak itu.Ameen"

Sunday, September 7, 2008

Saya dan BKPJM

Semalam mesyuarat agung BKPJM.Persatuan saya.Persatuan anak - anak Johor.Persatuan yang sudah makin kelam.Persatuan yang makin tertimbus.Persatuan yang sudah hilang rohnya.Persatuan yang terkadang retorik semata - semata dalam gerak kerjanya.Persatuan yang semalam ( semasa exco - exco ditanya ) saya rasa ia idelogi exco - exconya sahaja, bukan pembawaan persatuan itu sendiri.

Entah.Tetapi memang itu persatuan, tidak akan sempurna kerana orang - orang yang menjadi tulang belakangnya adalah orang yang mahu berlatih memimpin.Mencari pengalaman dan kemahiran.Exco - exconya orang - orang yang sanggup menggadai masa dan wang ringgit, malah pelajaran saya kira.Apa lagi yang ahli mahukan?

Bukannya salah exco atau persatuan, tetapi salah semua ahli jika persatuan itu tidak cemerlang.
Namun apabila ahli - ahli bangun 'mengata', itu sememangnya ahli yang mengambil berat akan persatuannya.Orang yang memimpin mahu tidak mahu kena terima sebagai orang yang dipertanggungjawabkan.

Tetapi ada juga ahli yang sengaja mencari kesilapan, bangun untuk glamour, membuang masa.Inilah masanya, muktamar tahunan.Maka akan lahirlah soalan - soalan 'sengal' dari mulut ahli.Belajar sahaja agama, tetapi tidak bijak pertanyaannya.

Namun apa pun yang bakal berlaku untuk tahun mendatang di bawah 'perdana menteri'nya yang baru, saya tetap orang yang memantau dari jauh.Saya membantu jika dipanggil dan akan terus memberi ruang yang banyak untuk projek mencari gali ilmu di sini.Memang saya pentingkan diri sendiri, pentingkan kelas - kelas, pentingkan masa - masa saya, pentingkan duit ulang alik untuk ke Rumah Johor.

Saya tidak kisah pun apa tanggapan orang.Apa yang saya pasti, saya pasti.Cukuplah.

Ilmu itu tiangnya.Saya tidak mahu rasa rugi bila pulang kelak sedangkan peluang yang diberikan Tuhan terlalu itu luas.Dalam Al Quran Allah merekodkan cerita orang kafir yang mahu pulang kembali ke dunia..terasa rugi tidak beriman.Ralat.

Ya.Rasa rugi.Rugi.Rugi.

"Sorry...its too late" kata Tuhan.

p/s : Selamat menjadi kaki blogger untuk abang saya.Klik untuk ke blog keroneroz.
Satu pentajdidan buat abang.


Thursday, September 4, 2008

Pelik

Beberapa hari lepas, berita sibuk meyiarkan muka Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengisahkan adegan meminta maaf di atas kesalahan ahlinya.Anda sendiri tahu isu ini, apatah lagi orang Malaysia.

Satu benda yang saya terfikir semasa menonton berita tersebut.Kenapa pula UMNO mahu meminta maaf.

Silap ahli, ahli lah yang kedepan dan keluar kenyataan meminta maaf.Bukannya Najib.

Esok lusa, buat silap lagi...muka Najib lagi yang akan keluar.Mudahlah kalau begitu.Silap sahaja, ketua minta maaf.Silap minta maaf.

Lain kali biar ahli itu sendiri minta maaf.Jangan main suka cakap lepas sahaja.Apatah lagi isu perkauman, ini isu serius bagi saya.

Huh..UMNO pun jarang - jarang betul.Silap memanjang.Semua kena minta maaflah kalau ikutkan logiknya.Tak gitu?

Minta maaf dengan cara berundur, gantikan dengan parti yang betul.

1 muhasabah

Hari ini hari untuk saya muhasabah diri sendiri.

Hari puasa yang membawa saya terhantuk dan terpukul sendiri.

Anda tahu ada seorang kakak ( kakak yang suka berterus terang@ mulut 'laser' - gurau) yang rapat dengan saya menegur saya beberapa perkara.
Apa yang bagusnya, teguran - teguran itu adalah sama dengan doa - doa yang saya panjatkan dalam entry sebelum ini.

Sekurang - kurangnya dia menegur selepas saya sendiri tahu kelemahan dan sikap buruk saya.
Itulah kelebihan mengenal hati.Kita kenal kita siapa.Kita kenal hina dan tak bagusnya kita.Kita mahu kepada islah.Insaf.Kebaikan.Kesedaran.Taubat.

Kita kenal diri, maka kita kenal siapa Tuhan kita.

Nasihat sheikh Soffat hafizahullah beberapa bulan lepas,

"Kita semua adalah manusia yang ada penyakit hati..rasa bagus, ujub, sukakan pangkat dll.Kita sebenarnya langsung tidak ada kudrat atau upaya untuk merubah diri....kecuali semuanya atas izin Allah"

-entry ini ditulis 4 jam sebelum saya bertolak ke sebuah perkampungan tareqat .Saya mahu megajak anda semua bertareqat ( selepas anda yakin dan selesai dalam pencarian) sekalipun ramai orang kata tareqat itu sesat.Akal boleh mengatakan tidak atau mengarut di atas dalil dan taarud, tetapi apabila hati merasa..orang disekeliling kata apa pun kita yakin akan kebenaran hati kita yang merasa.

" Inilah keajaiban seketul daging..al qalb "

Sunday, August 31, 2008

Doa saya

Salam kemerdekaan untuk semua yang mengaku anak Malaysia.

Salam Ramdhan buat semua umat Islam.

Berpuasa di tanah Mesir sungguh - sungguh satu kenikmatan beribadah yang tidak terhingga.

Saya amat berharap dan amat berdoa kepada Allah Taala supaya Ramadhan kali ini satu madrasah tarbiah yang bermakna dan memberi kesan kepada saya.Saya juga berharap Allah Taala yang Maha Berkuasa dan Maha memperkenankan doa menjadikan saya seorang yang sentiasa tahu bersyukur dan melihat segala pergerakan alam ini sebagai nikmat yang perlu saya syukuri setiap detik.Saya amat berharap Allah memberikan saya sifat tawadhuk dan mendahulukan husnuzon kepada setiap orang yang saya lihat.Jadikan saya hamba yang sentiasa memandang hormat orang - orang disekeliling saya dan saya sendiri tidak memandang jengkel kepada insan - insan yang terkadang rendah dimata zahir saya.Bahkan saya berharap Allah lapangkan dada saya setiap kali saya bersikap mahu memenangkan pendapat saya dan sentiasa bertasamuh dengan insan - insan lain.Saya juga amat berharap supaya Allah sentiasa menghilangkan perasaan tidak puas hati kepada insan - insan yang melecehkan urusan - urusan saya.Saya amat berharap Allah Taala temukan saya dengan seorang sahabat sejati yang apabila saya melihat dan mengenangkannya, saya bisa meningkatkan ketakwaan saya kepadaNya.Akhir sekali ( doa saya panjang lagi ), Ya Rahman Ya Rahim, perkenankan doa - doa saya ini.

Ameen.

Salam Ramadhan.

Wednesday, August 27, 2008

Kehebatan Anuar

Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia
- ehsan gambar dari blog Tarbus Merah


Tahniah buat DSAI, menang semalam di P.Pauh.Makluman kemenangannya saya terima semasa di Persidangan Mahasiswa Sedunia ( PERMIS ) anjuran PMRAM semalam.Tahniah juga buat PMRAM kerana dapat menganjurkan persidangan ini walaupun perkataan "sedunia" itu seolah - olah "menipu" saya tetapi saya juga terfikir bahawa mungkin sahaja ajk yang memilih nama untuk persidangan ini sukar untuk memberikan nama persidangan yang sesuai lantaran wakil - wakil yang sanggup hadir adalah daripada Yaman, Jordan, UK, Syiria, Morocco dan juga Mesir sendiri.

Apa pun itu hanyalah masalah teknikal yang bersifat sementara dan boleh diabaikan.

Hadirnya saya bukanlah seratus peratus mahu mengetahui isi kertas kerja yang ingin dibentangkan tetapi lebih mahu melihat seni pembentangan si pembentang kerana wakil - wakil yang hadir adalah daripada 'orang - orang kuat' persatuan dari pelbagai negara.Selama 2 hari saya cuba mengambil faedah daripada corak pemikiran delegasi yang hebat - hebat dan juga dari pihak perwakilan, pendirian, kefahaman, ketelitian, gerakan badan, teknik dan tidak lupa juga kecatatan dan kesilapfahaman berfikir dan kesilapan meletakkan istilah yang sesuai.

Dua hari yang saya luangkan, saya cukup berpuashati dengan 'persembahan' wakil daripada Mesir dan juga UK.

PERMIS ini saya hadiri selepas saya menghadiri sesi mahabbah bersama pimpinan PAS di rumah Kelantan baru - baru ini.Kiranya, dalam seminggu ini saya belajar mengasah satu eleman yang penting iaitu memahami cara seorang pimpinan berfikir.Hasilnya, kefahaman pucuk pimpinan melihat sesuatu secara menyeluruh terhadap sesuatu perkara yang berada di dalam bidangnya adalah sesuatu yang perlu dikuasai dengan baik.Kesannya ia mengatur tindakan, percakapan dan akal berfikir dan melontarkan idea secara bernas dan apa yang lebih penting lagi berjaya melontarkan pandangan yang berat tetapi mudah untuk si pendengar menerimanya.

Terima kasih delegasi dari Mesir dan UK serta yang lain - lain. ( ayat liltanbih bukan memperkecilkan delegasi yang lain).

Keputusan P.Pauh - DSAI

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi


Kelebihan undi yang besar itu membuktikan populariti Anwar tetap kental walaupun sudah sedekad terkeluar daripada arus politik perdana dan kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

Serentak itu, keputusan pilihan raya kecil itu mengesahkan penolakan yang meluas dan berterusan terhadap Barisan Nasional, khasnya Umno.

Kehebatan Anuar

Anuar ini ( maulana Anuar Shah Kasymiri rahimahullah ) bukannya DSAI tetapi tazkirah yang saya dengar pada pukul 3 pagi semalam, tatkala sakit hati dan sakit telinga masih berbekas.Sama - sama kita kongsi bersama di atas maksud mahu membuka mata kepada insan - insan yang mengaku pejuang tetapi sentiasa melebihkan golongan profesional dari ulamak.Adakah ulamak tidak profesional dan tidak intelektual?Jenis hati dan akal berfikir apakah ini?

Muhasabah buat pelontar - pelontar idea di PERMIS semalam.


" taste kena tinggi "


Uda....tahniah.
Akhirnya majlis perkahwinan dapat
juga dilangsungkan pada 20 Ogos lepas di Tanta.
Jutaan kemaafan dipinta, saya tidak dapat hadir.
Berkahwin dalam usia yang muda ( lebih muda dari saya ),
sst yang tidak pernah saya fikirkan.



Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama adalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)

Sabda Baginda yang bermaksud:

Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)

- lelaki dan wanita kena ada sikap memilih yang tinggi, bukan kerana "tak kena taste" ataupun "bukan taste aku" tetapi kerana bersikap teliti dengan pesanan nabi SAW.Rumahtangga yang barakah bermula dari kita.

Sunday, August 24, 2008

Kongsi sajak

Saya bukanlah insan seni, tetapi saya sukakan seni kerana seni mengajar kita mengenal bahasa hati.Satu luahan dari dalam yang kadang - kadang terlepas setelah sekian lama disimpan dan diperam.

Lagi satu, saya tak berdaya untuk menyelami sajak - sajak ataupun syair Arab dengan baik walaupun saya tahu ianya satu kerugian tetapi karya - karya Arab terlalu tinggi kualiti bahasanya dan amat memerlukan penguasaan bahasa Arab yang menuntut umur dan kekuatan minda untuk mengusainya.

Namun karya - karya seni orang kita juga ada nilainya, maka kira - kira saya mudah sahaja.Tidak dapat semua, jangan tinggalkan semua.

Oleh itu, saya mahu berkongsi sebuah sajak yang saya ambil dari blog seorang rakan dan juga seorang abang bagi saya.

Ini blognya.Blog Ustaz Zaki.

Sajaknya, telah saya copykan di blog karya saya.Sila klik untuk sama - sama menghayatinya.

Saya juga mahu mengucapkan selamat mem'blog' kepada sahabat saya.Akhirnya dia menulis juga...setelah sekian lama saya menanti dan berleter.

"Wei..Jid...bila nak bukak blog...asyik meng'adobe' jer....asyik -asyik tukar HTMLYang penting bukannya blog tuh..tapi isinya"

Yazid buat muka masam.

Akhirnya blognya telah dirasmikan beberapa hari lepas.Rasmi sendiri. : )

Ini blognya - almuari

Friday, August 22, 2008

Ujian

Saya mahu berkongsi sedikit ayat nasihat yang saya ingat sehingga sekarang. Gunanya untuk meng'cool'kan diri jika diuji.Apatah lagi jika diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, kegagalan demi kegagalan kerana sememangnya kejayaan ataupun bahasa lazimnya di sini najah naik tahun itu sudah cukup baik dan amat penting bagi manusia yang bergelar pelajar.....pelajar Azhari.

"Apa sahaja ujian yang Allah timpakan pada kita......semua adalah rahmat dari Allah sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada hamba - hambanya.Ujian yang Allah beri itu sebagai lapangan untuk kita muhasabah diri dan juga cara untuk kita meningkatkan iman.Jika redha dengan ketentuan Allah...maka kita adalah hamba yang digolongkan sebagai hamba yang redha dengan takdirnya"

Apa lagi yang kita harapkan selain rasa sentiasa dekat denganNya tatkala kegagalan menimpa diri?

Apa lagi yang kita harapkan selain perasaan redha dengan segala ujian?


Pengumuman takziah :

Sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Johor (Kamarulzaman b. Dzulkarnain) bekas pelajar Yaman yg ingin menyambung pengajian di Mesir, yg tlh kembali ke rahmatullah di Tanta ptg td (21/8/2008) slps asar.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 para anbiya' dan solihin. amin.

Wednesday, August 20, 2008

Suka memaksa !

Suka memaksa.Entry saya hari ini.

Ianya sebenarnya tentang apa yang sahabat saya kata tentang saya beberapa hari lepas.

"Tak berubah semenjak dulu...suka tekan - tekan orang"

Ataupun dalam ertikata lainnya saya jenis suka memaksa.

Ya.Saya mengaku ianya memang sikap saya dan saya pun bukannya sukakan perangai saya yang mungkin dianggap buruk oleh sesetengah orang yang pernah mengenali saya.Saya tak malu pun untuk mengaku.

"Ya..saya suka memaksa"

Namun, sebenarnya saya bukannya suka memaksa orang.Saya cuma insan yang tidak suka sesuatu yang mudah tetapi disusah - susahkan.Mudah tetapi dibuat susah dan melambatkan 'pergerakan'.

Saya beri satu contoh, mungkin ada juga yang di antara pembaca yang berperangai seperti saya dan saya mahukan anda kenal siapa diri anda iaitu anda bukannya pemaksa seperti yang rakan - rakan anda labelkan.

Sebagai contoh ( ini situasi menguruskan program )

Saya : Nih....esok pagi tolong bawakan gam.Sebab nak guna untuk tampal kertas.kalau tak ada..cari eaa.Yang penting esok pagi ada.
Dia : Gam mana ada, pakai stapler boleh ustaz?

Ini contoh jawapan yang saya tidak gemari.Ia melambatkan kerja saya.Jikalau saya kata tolong bawakan gam, maka gamlah.Jika tiada beli.Bukannya mencadangkan benda lain kerana saya taulah kenapa saya tidak memilih stapler dan mahukan gam.

Maka saya akan kata kembali.

Saya : Saya kata gam kan tadi..bukan stapler.Kan tadi saya kata, kalau tiada...carik...beli.Emm..kemahiran mendengar dan memahami sila tingkatkan.Nanti menyusahkan orang lain.

Contoh lain ( situasi mahu tanya nama kawan atau no tel dan sebagainya melalui YM)

Saya : Eh..sapa nama dia..ana lupalah.Dulu ingat.
Dia : Nama kawan pun lupa.
Saya : Tetiba lupa, sapa ekk?
Dia: Tanya lah orang lain...tak pun nanti ingat lah tuh.

( saya dah mula men'detect'...leceh betul budak ni )

Saya : Bagitau jerlah..apa salahnya.
Dia : Tak nak..nih alamat blog dia.Nih pulak friendster dia..tengoklah sendiri.

Nampak tak?
Saya tidak suka benda - benda yang leceh begini, saya bukannya memaksa dia memberitahu nama kawan yang saya lupa itu.Dia memberi tau saya juga akhirnya, tetapi dengan cara yang leceh....memberi saya alamat blog dan friendster.Walhal, apa salahnya bagi sahaja namanya.Itukan lebih mudah.

Contoh lain ( situasi kawan yang mahu meminta saya jadual pengajian )

Dia : Pect...ada jadual kelas tafaquh?
Saya : Nih..tengok kat blog ana nih.Semua ana dah letak, cuma update tak update jerlah.
Dia : Blog....entry yang mana.Kelas feqah ada tak?
Saya : Bukaklah blog tuh.Ana dah letak semua.
Dia : Ok ok.Tapi kelas nak tutup kan ..dah nak Ramadhan.

Dalam hati saya.Ish kawan aku nih...nasib baik chating, kalau tak..lama saya sekeh kepala dia ni.

Nampak kan?

Perbualan yang ringkas menjadi banyak tanya dan leceh serta lembab.Walhal, jika dia terus merujuk alamat blog yang saya berikan tadi, selesai semuanya.

Ini semua hanyalah contoh - contoh yang sering berlaku di sekitar saya dan mungkin juga anda.Jika anda seperti saya juga, sebenarnya kita bukanlah manusia yang suka memaksa tetapi kita manusia yang suka meringkaskan kerja yang sememangnya mudah.

Saya seboleh - boleh apabila berurusan dengan orang lain, saya lebih sukakan orang yang berusan dengan saya mendengar arahan dan saya boleh menumpukan kepada benda - benda lain dan juga saya boleh menumpukan kepada arahan - arahan dari pihak yang saya berurusan.Dia suruh saya buat, dan saya suruh dia dengar.Timbal balik komunikasi yang sempurna.

Namun, disebalik kelemahan rakan - rakan yang menyebabkan saya menganggap anda leceh, saya terima seadanya dan menerima hakikat bahawa manusia ada pelbagai ragamnya.Saya juga begitu juga dulu dan sehingga sekarang, saya bukanlah Mr Perfect tetapi sebaik - baiknya kita melatih diri mengubah diri menjadi lebih baik.

Kita insan biasa.
Perlukan masa bertafakur setiap hari mengingati dosa dan kesilapan juga kelemahan yang boleh ditambahbaikkan.

Tafakur memberi masa kita menyemak diri, hati dan akal.Tafakur itu memberi ketenangan.
Berikan masa 30 minit setiap minggu untuk beruzlah, bertafakur, face to face menghadap Tuhan selain daripada masa solat kita yang wajib itu.

Siapa ni?

Ni Aina ker?
Kenapa mukanya lain dari gambar sebelum ni.


Entry untuk Angah saya.

Monday, August 18, 2008

Menghilangkan pening

Keterangan mengenai isu sumpah liwat si Saiful di bawah adalah apa yang saya ambil daripada blog Dato Husam Musa.

Gunanya untuk menjelaskan yang kusut.Tak kisahlah siapa yang kusut.Bahkan rancangan Majalah Tiga baru - baru ini tentang menyamak bangunan pun kusut.Pegawai agama pun kusut.Kenapa pula bangunan mahu disamak...yakin ada najiskah

Membazir wang membayar upah membasuh bangunan.
Membazir wang upah angkut tanah.
Membazir masa.
Banyak lagi.

Aduss...kusut.

Tetapi mungkin juga ada najis berat, cuma penerangan dari Majalah Tiga tidak terang.Boleh jadi juga saya yang menghukum melulu.Namun, penonton melihat dan mendengar apa yang ditontonkan.Betul tak?

Nasib baik penggunaan istilah samak oleh Majalah Tiga itu betul.Saya rujuk di DBP
1)
membersihkan najis mughallazah dgn air tanah sekali dan air mutlak enam kali.
2 ) perbuatan atau hal menyamak kulit

dan ada lagi maknanya yang lain.

Kebiasaannya samak digunapakai oleh orang Melayu kita untuk menyamak kulit dan sertu untuk membersihkan najis mughallazah.Namun, apabila saya cari di kamus DBP, perkataan sertu tidak ada rekodnya.

Perkara yang mudah, apabila jahil akan jadi susah dan kusut.Memeningkan orang ramai, lagilah parah.

Semua perkara begitu juga, apa yang penting belajar dan kuasai apa yang dipelajari.

Penjelasan ISU sumpah Saiful ( si penuduh LIWAT )

Jelaslah dalam matan-matan kitab yang telah dirujuk menunjukkan hukuman hudud bagi jenayah liwat adalah di bawah bab jenayah zina dan hukumannya sama bahkan lebih berat. Sementara tuduhan zina ke atas seorang yang muhsan membawa kepada jenayah qazaf, sudah tentu tuduhan liwat, yang disebut oleh Imam al-Mawardi yang liwat itu adalah perlakuan yang lebih dahsyat daripada zina itu juga diambil kira sebagai qazaf.

Sementara jika ada seorang yang mengaku dirinya diliwat tanpa mendatangkan baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf syara’ ,sedangkan orang yang kena tuduh itu pula menafikan tuduhan tersebut dan dia meminta kepada qadi agar orang yang menuduh itu didakwa sebagai orang yang melakukan qazaf. Dan orang yang menuduh itu kerana menguatkan hujjahnya, dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh itu bersumpah menafikan yang dia telah meliwat orang yang menuduh. Maka apabila orang yang kena tuduh itu bersumpah maka orang yang menuduh itulah yang dijatuhkan hukuman had qazaf.

Sekiranya orang yang menuduh itu mempunyai baiyyinah atau qarinah, sepatutnya dia menthabitkan jenayah orang yang kena tuduh itu dengan menggunakan baiyyinah dan qarinah tersebut, jangan diminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, kerana sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah menafikan yang dia meliwat orang yang menuduh, maka hukuman had qazaf jatuh ke atas orang yang menuduh. Itulah kefahaman kebanyakan ulama dalam mazhab Imam as-Syafi’ie. Ini kerana apabila dia meminta qadi memerentah orang yang kena tuduh bersumpah, implikasi undang-undangnya ke atas orang yang membuat tuduhan ialah dia mesti menerima butiran sumpah yang dibuat oleh orang yang kena tuduh

Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tidak mempunyai baiyyinah atau qarinah yang diiktiraf oleh syara’ dan mendesak agar orang yang kena tuduh bersumpah? Tidakkah dia takut kepada hukuman lapan puluhan sebatan thabit ke atas zimmahnya, serta dia akan dikira sebagai seorang yang pembohong di sisi hukum syara’. Mengikut Imam as-syafi‘ie dan sebahagian ulama yang lain, sekiranya orang yang melakukan qazaf ini bertaubat sekalipun, maka taubatnya itu di antara dia dan Allah, dari segi perlaksanaan hukum syara’ dia dikira sebagai ‘fasiq’ sampai bila-bila.

Berakhir hari ini

Pemberitahuan

Kelas feqah bersama Sheikh Imad Iffat ( hafizahullah) sudah ditangguhkan dengan berakhirnya bab sembelihan pagi tadi dan akan bermula semula selepas cuti raya aidilfitri.

Kelas bersama Sh Ahmad Hajain ( hafizahullah ) juga bakal ditangguhkan pada 30 Ogos ini.

Harap maklum.

Sedihlah pula tak dapat melihat wajah sheikh walaupun cuti hanya sekejap cuma.
Perasaan yang sama hadir bilamana Sheikh Nuruddin Al Banjari ( hafizahullah) menutup kelasnya tahun lepas.

Langkahnya pergi bersama cucuran air mata.

Sedih
Hiba
Rindu

"Ulamak pewaris anbiya' "

Tak dapat bertemu baginda SAW, jumpa pewarisnya pun jadilah"

Monday, August 11, 2008

Wanita Melayu terakhir

Simpanan sebelum saya mendelete blog yang lama

Wanita Melayu terakhir


Dia istiqomah meredah masa

Tabah menelan hawa panas sahara

Semangatnya….

Sentiasa bertamu di kolam minda

Semangat wanita Melayu terakhir


Angin kencang bertiup garang

Sergahan pepasir seribu kencang

Hayunan kemas serata alam

Gayamu wanita pencinta ilmu

Penyejuk mata, penenang jiwa


Ilmu agama itu nilai solehah

Bukan terletak pada purdahnya

Bukan juga pada labuh jilbabnya

Busana indah hiasan cuma

Celaka ! Menjadi panahan mata

Gugur Sang Mujahid di telapak fitnah


Gerhana perjuangan lumpuh segala

Sayap kiri kian merangkak lesu

Tersadai di balik kontangnya ilmu

Wanita lesu apa guna?


Sudut teduh lembayung روق الأتراك

Sabar menanti kedatangan Sheikh Ahmad Hajain

Hati mengintai - intai kagum dengan ketabahan gadis Melayu itu.

Siapakah dia?

Dialah dia.

Gadis yang tabah di saat kelamnya Azhariah.

12 / 4 /2008

Jika sayang

Jika sayang
Kita selalu puji
Jika cinta lebih lagi
Jika benci
Ambillah caci
Apabila sujud
Sayangi
Cintai
Sebagaimana kekasih yang dicintai
Dirindui
Suka dipuji
Suka dirayu
Rasai kehadirannya
Bahagia atas makna yang benar

Saturday, August 9, 2008

Kataku pada syafak

Bulan menjadi saksi
Bintang mujur pergi
Syafak merah itu berkata
Hampiri dia
Lihat wajahnya
Cium jemari sucinya
Kerongkongmu
Ucapkan salam buatnya
Adabnya begitu jika kau muridnya
Syafak terdiam
Permaidani dan lantai Azhar hilang sifatnya
Hatimu gembira bukan?
Menangis.
Syafak merah kembali bergumam
Giliran kekasihku bertanya
Senyap kau wahai syafak
"Siapa namamu wahai anakku"
"Taufiq wahai kekasihku ( di dalam hati)
"Taufiq..Muhammad Taufiq Adib" balasku
Penuhkan namamu kata syafak
Moga namamu tersemat dalam doa keramatnya
Saban waktu
"Ibnu Muhammad"
"Oh...Muhammad Taufiq Adib Ibnu Muhammad"
"Ya"
Satu petunjuk makanan iman
Tambah ketaqwaan
Syafak merah berlalu pergi dengan aku gembira dihati
Penantian selama 2 tahun wahai syafak
Kataku pada syafak
Maghrib itu.
Ya.2 tahun itu kesabaran.

Wednesday, August 6, 2008

GTZ


Ini adalah gambar - gambar kek yang dibuat khas
oleh anak - anak murid kawan saya.
Khas untuk teacher mereka
( teacher Zaza @ Didi ).


Apa yang bestnya?

Yang bestnya, Si Didi ni, mahu 'menjelouskan' kan saya dengan 'kebaikan' anak - anak muridnya.
Siap hantar 2 gambar kek ini kepada saya.

Biasalah, seronok jadi guru ni.Ada murid maka adanya guru, ada guru di sanalah bermulanya perjalanan seorang murid.

GT ZAZA- great teacher zaza.

Kalam Ahmadiah...

Ini 'message' yang dihantar kepada saya melalui yahoo messenger.Setelah membacanya, saya yakin para waliyullah merumuskan agama di dalam kalam - kalam hikmah mereka.Manusia biasa ( bukan dibawah wilayahnya ) sekadar membacanya tetapi hamba Allah yang dibawah naungannya ( wilayah auliya' ) meminum kalam - kalam mereka seperti meminum madu yang teramat lazat.

"plupp"
"plupp"
"plupp"

seteguk demi seteguk.

Setiap insan ada minumannya yang tersendiri.

Pesan seorang wali Allah bernama Sidi Ahmad al-Badawi r.a:

Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya :

1) Benar-benar kenali Allah
2)Benar-benar jaga perintah Allah
3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw
4)Selalu berwudhu'
5)Redha menerima qadha dan qadar Allah
6)Yakin dengan janji Allah
7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk
8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan
9)Rajin dalam beribadah
10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah
11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12)Sedar syaitan musuh utama

Tuesday, August 5, 2008

Sedar...

Muwafakat kalam Imam Al Ghazali rahimahullah di dalam kitab Ihya'

"Ketahuilah wahai manusia bahawa hati kamu semua berpenyakit"

Kalam sheikh Soffat, naqal daripada gurunya, Sh Mukhtar Ali Ad Dusuki ( hafizahullah )

"Manusia yang datang kepadaku semua adalah manusia yang berpenyakit hatinya, bahkan semua manusia itu berpenyakit hatinya.Namun, sebaik - baik pesakit adalah pesakit yang memakan ubat.Manakan sama yang berpenyakit tidak mahu menelan ubat dengan pesakit yang berjumpa dengaku meminta ubat.Manakan sama"


- sakit di atas merujuk penyakit hati.

Monday, August 4, 2008

Jadi maka jadilah

Bila Dia kata jadi
Maka jadilah
Bila Dia letakkan gagal
Maka gagallah
Bila Dia kata putus
Maka putuslah
Bila dia kata pergi
Maka takkan kembali
Sedangkan usaha manusia
Atas ilmuNya jua
Kenapa usaha?
Makrifat ahli hakikat
Usaha kerana taat
Bukan kerana mendatangkan sebab
Perbaiki doamu
Dalam doa tiada ketahuan
Tapi Allah suka hambanya berdoa
Sebaik - baik doa
Doa kerana taat
Ini rahsia atthoie
Manusia biasa risik
Kerana dia abdal

Semoga mamanya cepat sembuh ;)

Saturday, August 2, 2008

Nostalgia

Nih hulubalang ( konon - konon )

Detik-detik terus berlalu
Meniti kehidupan
Permukiman ini kan berakhir
Meninggalkan kenangan

Kepiluan mencengkan jiwa
Tak sanggup mengenangkan
Amanah yang tak terlaksanakan
Hasrat tak kesampaian

Bumi waqafan menanti kebangkitan
Peribadi penerus perjuangan
Usahlah dibiar berterusan
Lirikan senyuman syaitan memanjang
Sedarlah wahai teman
Dari nikmat mempersona

Suasana makin suram
Generasi kian lesu
Keindahan kini hilang
Kerna kegersangan iman

Hati bagaikan terkunci dari hidayah-Mu Rabbi
Hanyut dalam kegelapan
Alam remaja yang mengasyikkan

Apakah mentari masih sudi
Memancarkan sinarnya
Mungkinkah kebahgiaan semalam
Bisa hadir kembali


Saya tidak tahu ini lagu apa?Dinyanyikan bila?Untuk apa?Tajuknya apa?Siapa penciptanya?

Setahu saya, semasa saya di KISAS tidak ada lagu khas kolej yang pernah kami nyanyikan bersama.Apa yang penting lagu ini adalah lagu yang pernah dinyanyikan oleh generasi - generasi terdahulu kolej Islam Kelang kerana saya dapati di salah satu laman web senior - senior lama.Secara optimis, ianya satu nostalgia yang patut saya tinggalkan disini jika tekaan saya itu betul.Jika salah, tidak memberi kesan apa - apa pun.

Saya dapati lirik lagu ini disalah satu laman web senior semasa mencari - cari gambar - gambar kenangan semasa sambutan Jubli Emas KISAS dahulu.Terasa rugi dan ralat tidak menyimpan gambar - gambar sewaktu sambutan tersebut 3 tahun lepas.Mungkin juga waktu itu saya terlalu sibuk menyelenggara hari sambutan sehingga terlupa mahu 'mengupah' rakan mengambil gambar mana - mana yang patut.


kereta 'emas' Sultan Selangor
Kalaulah dapat...pintunya pun cukuplah


Terima kasih ustaz Kamal Hassan ( pengarah Jubli Emas masa tu - andai beliau membaca blog saya).Banyak memberi tunjuk ajar dan saya sendiri banyak belajar daripadanya.Sibuk macam mana pun, beliau nampak tenang membuatkan saya pun tenang dan dapat menguruskan persiapan di peringkat pelajar dengan tenang walaupun sebenarnya ...Allah sahaja yang tahu.

Pengalaman yang amat bermakna.Nostalgia yang akan saya simpan selamanya.

- terserempak dengan blog adik comel ( Rauf ), tak sangka hampir sama moto kita ya.Sama tok guru kot.

" aku mencari dimanakah Al Ghazali".

Add sekali.

Wednesday, July 30, 2008

Hadiah hari lahir


Lama sudah saya tidak menulis, mengisi ruang hitam dengan sebarang coretan berwarna.Kebelakangan ini, saya tiba - tiba seolah - olah mahu berlaku cermat.Mungkin melatih diri.Sedar atau pun tidak sedar menulis sememangnya satu seni yang perlu dilatih ataupun boleh juga kita katakan ia salah satu daripada berjuta - juta jenis bakat yang Allah hiaskan kepada hamba - hambanya.

Namun, saya bukannya mahu menjadikan landskap hitam ini sebagai ruang mengasah bakat dan melatih diri semata tetapi saya juga mahu menjadi penulis yang cermat.Dengan maknanya yang lain, jika kurang bercakap dan bercakap tatkala perlu itu menjadi pengurang dosa, begitu juga dengan menulis.Peruntukkan masa yang lebih untuk beribadat dan menjadi hamba serta jadikan keyboard sebagai buah - buah tasbih kita.Secara mudahnya, menulislah tatkala kita mahu menjadikannya satu ibadah bukannya jalan penabur dosa, prasangka, fikrah yang tidak benar. pandangan politik yang membabi buta, pendapat agama yang caca merba serta tidak bermanhaj dan sebagainya.

Jikalau selalu menatap kitab - kitab kuning para ulamak kita, di akhir ucapan mukadimahnya akan disertakan kalam yang cukup indah iaitu " haraplah salah silap hamba dalam menulis kitab yang tidak seberapa ini ditegur tanpa cela kepada diri hamba".

Secara ironinya, beginilah cara para ulamak yang menjadi contoh kepada masyarakat, terlalu berhati - hati dan cermat serta dihiasi sikap yang terlalu tawaduk sehingga mengharap kitab - kitab karangannya ditegur jika salah ( walhal, pasti betul ) dan tidak mengundang kutukan dari para pembacanya.Bagaimana pula sikap kita?Tulisan kita selalu mengundang salah sangka, menabur pandagan yang salah, merubah persepsi pembaca jauh dari lunas - lunas agama...atau bagaimana?

Ucapan balas terima kasih

2 hari lepas, 28 Julai adalah hari peringatan kepada saya bahawa umur saya semakin menginjak tua.Bukan itu sahaja, ia peringatan lahirnya saya sebagai khalifah dan juga hari untuk mengenang jasa ibu dan bapa ( masa baby dulu mesti susah nak jaga...pakai lampin saya, merengeknya lagi, sepah - sepahkan barang permainan, conteng dinding rumah dan sebagainya).

Jadi selamat hari lahir buat diri dan insan - insan lain yang menyambutnya pada tarikh yang sama.

Bukannya mahu menguar - uarkan tarikh hari lahir saya, tetapi mahu mengucapkan terima kasih kepada pemberi - pemberi hadiah dan pengirim sms " selamat hari lahir".Antara hadiah yang amat bermakna,

1- Yang pertama ini rahsia.Alhamdulillah.
2- Mak saya telefon dari Malaysia.Mak kata mimpi saya di hari lahir saya.Syukur pada Allah.
3- Sms dari Ummi.
3 - Ucapan "I'm speechless..thanks a lot.I'm speechless too with ur word.Even it's just a word.
4- Cawan yang cantik, cuma tak tahu untuk digunakan atau dijadikan hiasan.
Tgh fikir lagi ( tahun depan berilah lagi, boleh buat koleksi)
5- 2 buah buku karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan - buat saya teringat zaman - zaman usrah dulu.Terima kasih.
5- Sms daripada abang agkat - ustaz Hairi dan adik saya yang manja - Mimi.
6 - Serta ucapan - ucapan sms, email, friendster dan lain - lain.

Terima kasih kerana sentiasa mengingati saya.Ukhwah kita, hadiah buat semua.

Friday, July 18, 2008

Utamakan yang utama

Terima kasih yang memberi komen...si cahaya.
Adakah saya memaksudkan si dia merasa baik...tak juga.Komen saya bukannya mahu menabur salah sangka yang tidak baik.Saya bersifat menegur, cuma mungkin gaya bahasanya membuat yang membaca tersalah anggap.Semoga yang kurang baik nanti bertambah baik itu sahaja harapan saya.

Saya mahu mendelete entry semalam sebenarnya dek kerana terasa saya seperti si jahil yang tidak mengamalkan ilmu yang ada iaitu menegur bila perlu, kurangkan menulis yang tidak perlu dan menulis pada tempatnya.Tetapi apabila membacanya kembali, saya hanya mahu mengenengahkan kaedah kita berdialog sebenarnya, bermuamalah atau bagaimana cara berkomunikasi secara berkesan.Cerita itu sekadar latarnya sahaja, boleh diabaikan dan ambillah teguran - teguran yang membina yang telah saya lampirkan.

Tinggalkan dan buka kisah baru.

" Saya mahu bertanya...kepada wakil dot dot dot, bagaimanakah caranya untuk kami menjadi ajk - ajk sukarela untuk aktiviti - aktiviti dot dot dot?Kalau boleh saya mahu terlibat dengan aktiviti dot dot dot supaya saya boleh mengasah bakat kepimpinan saya" - lebih kurang soalannya begitu.

Dot dot dot itu PMRAM ( badan yang menguruskan kebajikan kebajikan pelajar - pelajar Al Azhar ).

Pernah dengar pesanan Imam As Syafiee.

"Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin kerana apabila kamu sudah memimpin kamu tidak akan ada masa untuk mencari ilmu"

Saya tidak menghalang.Saya tidak menggeleng kepala.Saya tidak mengangguk betul.Tetapi hati saya sedikit kesal.Anda kurang memikirkan keutamaan dalam bertindak dan merancang masa depan anda dan masa depan Islam.Pentingkan diri.

Kita kekurangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Kita kekurangan Dato' Harussani Zakaria.Kita kekurangan orang seperti Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Tahun - tahun pertama di Mesir ( di Al Azhar ), sibukkanlah diri dengan majlis - majlis ilmu, susun jadual pengajian bersama sheikh - sheikh yang tidak akan kita jumpa sepulangnya kita ke Malaysia.Ini harapan saya buat semua.

Jangan cakap tak serupa bikin - kata orang kepada saya.

Saya cakap walaupun tak serupa bikin tapi saya tetap akan bikin.Matlamat saya clear, jalan saya jelas.Bersyukur denga apa yang Allah beri, ini panduan saya.

Terima kasih buat guru - guru yang telah membimbing dan menunjuk saya jalan yang penuh dengan onak dan duri, jalan yang seekor syaitan pun tidak pernah sukai.

Ini sebuah nikmat adanya guru.


Thursday, July 17, 2008

Muhasabah

Takut
Jangan keluar
Takut
Jangan ambil
Takut
Jangan pergi
Takut
Pesan pada kawan
"Tolong pergi semakkan"
Takut
Umur semakin menginjak
Takut
Keluarga sudah panggil pulang
Takut
Dakwah tidak dipandang orang
Takut
Ini kegagalan
Takut
Putus asa menyerang
Takut
Ini satu kenyataan
Takut
Bukan tidak ada tawakal
Takut
"Aku insan biasa"
Wajar sahaja aku takut

Sajak yang saya fikirkan sepulangnya menziarahi Sheikh Abdul Latif di masjid Saiyidina Hussein.Jika ada masalah pengajian, semangat yang luntur, wajah sheikh Abd Latif akan menjadi pengubatnya.Sheikh tidak habis - habis mendokan saya berjaya sehingga dapat menghabiskan pengajian saya di Al Azhar.Sepanjang mengurut - ngurut tangan dan kakinya, doa itu sahaja yang disebut - sebut.Naik malu saya tetapi saya suka.Manalah tau, berkat doa sheikh.Siapa tahu?

"InsyaAllah..najah sehingga menjadi doktorah...berjaya seperti saiyidina Hussein di alam sana" doanya.

Alhamdulillah.Tugas menjadi moderator untuk program kuiz hari keluarga BKPJM sudah selesai dilaksanakan sebaik mungkin.Walaupun pagi - pagi hari sebelum program berjalan, keyakinan tiba - tiba hilang.Kenapa?

" Pect ( topect - nama saya )...aku nak kau conduct macam aku condact tau...dulu aku buat best tau.Kau buat best - best tau, jangan nanti suram jer"

Tiba - tiba hati saya terasa serba tidak kena. "Best macam kau?" .Kata hati saya.

"Best sangat ker?"

Saya cuba buangkan jauh - jauh 'harapannya' itu sebelum program berjalan supaya saya menjadi diri saya sendiri.Tetapi, kata - kata itu tetap berbekas, harapan itu menghilangkan keyakinan.Solat hajat saya tunaikan, meminta keyakinan dan ketenangan.

Jika saya menjadi dia, saya tidak akan berkata begitu.Dia bukannya tidak tahu, dari A - Z program kuiz itu adalah buah fikiran saya sendiri.Saya mengusahakannya sendiri untuk hari keluarga kali ini.Ini hadiah daripada saya untuk ahli, saya tidak tidur beberapa malam memikirkan format, mengumpul soalan, mengatur dan sebagainya.

Tidak kisahlah anda siapa, usah berkata begitu.Ia memberi tekanan kepada yang menerima 'harapan' anda itu.Sebaliknya berkatalah begini,

"Ok Pect.....kita dah buat semua, sudah merancang semua...aku harap program berjalan baik.Apa pun yang kau akan buat nanti, kami sebagai ajk akan terima seadanya"

Begini yang sebaiknya.Bukannya program kuiz ini perkara besar sehingga saya menulis begini, tetapi ini masalah sikap, keprofesionalan kita menjadi ajk / ketua.Bayangkan, anda mempunyai seorang anak kecil yang menduduki peperiksaan.Di minggu - minggu peperiksaan, anda sebagai ibu dan bapa berkata begitu.Setiap hari sebelum ke sekolah di sepanjang minggu peperiksaan, 'sarapan' ini yang anda suapkan di mulut anak anda.

"Nak...abi ( ayah ) dulu belajar sampai ke timur tengah...tuh ..tengok ummi, pandai sampai jadi doktor.Jadi,...abi dan ummi nak kamu jadi macam kami.Sehebat kami.Boleh?"

Anak anda akan mengangguk tetapi hatinya pasti gemuruh, bimbang.

"Dapat ker aku jadi macam abi dan ummi...aku bukannya pandai sangat"

Sebaliknya berkatalah begini.

"Abi dan ummi sudah pernah menempuh alam persekolahan.Abi tau...susah payahnya.Jadi, abi sememangnya berharap kamu akan berjaya dalam exam kali ini, tapi...apa pun yang kamu dapat nanti abi dan ummi akan terima.Abi dan ummi cuma mahukan kamu buat sehabis baik, usaha dan banyakkan berdoa...nanti sebelum jawab baca bismillah...baca selawat yer nak.

Pasti anak anda melangkah ke sekolah dengan memikul harapan anda tetapi dalam keadaan yang berbeza, semangat yang berkobar - kobar dan emosi yang cukup 'power'.

Dua keadaan yang berbeza hasil daripada 'skill' anda berdialog secara berjiwa dan berperasaan.
Satu muhasabah buat saya dan anda.

p/s : Syukran kepada AJK untuk program kuiz yang banyak menolong.Kesilapan, dan tarik muka saya....saya minta maaf.




Monday, July 7, 2008

Which one u are ?


There are two kinds of people in this life.Those who walk into a room and say,

“ Well, here I am”

And those who walk in and say,

“ Ahhh, there you are”

Sunday, July 6, 2008

IKLAN LAGI


Petang ini ( 6 / 7 / 08 ) selepas solat Asar.

Majlis khatam kitab al Muwatta' Imam Malik di Mudayaffah ( terletak di hadapan ( lalu lorong kecil) Universiti Al Azhar, Darrasah).

Saya rasa, Sheikh Al A'lamah Dr. Taha Rayyan hafizahullah mengajar kitab ini lebih dari 5 tahun dan sekarang baru khatam.
Satu kerugian kepada siapa yang tidak pernah hadir dan satu keberuntungan kepada murid - muridnya yang istiqomah.

Sekurang - kurangnya....hadir di majlis akhir hari ini.

Pembetulan ( update selepas balik majlis khatam Kitab al muwatta' ) : bukan 5 tahun, tetapi 9 tahun.Sheikh memaklumkan, kelasnya akan bermula ( pengajian kitab lain ) kembali selepas Ramadhan al mubarak tahun ini.Jika diizinkan Allah.Sama - samalah berdoa, sheikh diberikan kesihatan dan kesempatan.Sedihnya kalau tak dapat mengaji dengan sheikh....

IKLAN SEMENTARA

SEMINAR PENGUKUHAN DAN KEFAHAMAN AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH

SEMINAR PENGUKUHAN DAN KEFAHAMAN AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

OBJEKTIF

  1. Menjelaskan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berdasarkan metadologi ulama muktabar
  2. Menghuraikan sumber-sumber pegangan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang muktabar
  3. Menonjolkan kepentingan ilmu tasawuf sebagai ilmu yang sah dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
  4. Menjelaskan beberapa cabaran pengukuhan akidah umat islam di Malaysia dan cara mengatasinya

PEMBENTANG KERTAS KERJA

al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’its al-Husaini al-Kattani (Mesir)

Beliau dilahirkan di Iskandariah, Mesir dari kalangan keluarga ulama dan pernah menjadi murid kanan kepada muhadits yang terkenal iaitu Syaikh. Abdullah Siddiq al-Ghumari. Beliau adalah merupakan seorang ulama hadits yang terkemuka di Mesir masakini.

Dr. Osama al-Said (Universiti Al-Azhar, Mesir)

Beliau seorang pensyarah Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir dan sering mewakili mufti Mesir, Professor Dr. Ali Jum’ah bagi menghadiri seminar-seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga sering menggantikan mufti Mesir dalam menyampaikan khutbah-khutbah jumaat di Mesir. Beliau juga pernah menyunting kitab-kitab yang diamanahkan kepada mufti Mesir

Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat (Universiti Malaya)

Beliau seorang Professor Madya merangkap Ketua Jabatan di Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kelulusan:- Ijazah Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam & Bahasa Arab (1992); Sarjana Usuluddin dalam bidang Falsafah Islam, Universiti Malaya, K.Lumpur (1997); PhD, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2002)

Pernah menjadi Pengurus Jurnal Usuluddin, terbitan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2003 – 2005) dan Ketua Editor Jurnal Akidah & Pemikiran Islam (AFKAR) (2006 – 2009)

Ustaz Mahfuz Muhammad Al Khalil (Pendakwah Bebas)

Beliau dilahirkan di Selangor, dan merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dalam Fakulti Bahasa Arab. Beliau juga memiliki Diploma Fatwa dari Darul Ifta’ Mesir


JADUAL SEMINAR

Tarikh 8 Julai 2008

9.00 – 10.30 - Perasmian dan Pembentangan Kertas 1 - APAKAH DALIL-DALIL AKAL DALAM MASALAH KETUHANAN, PEGANGAN AL-ASYA’IRAH BERTENTANGAN DENGAN AL HADITS? Oleh : al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baes al-Kattami (Mesir)

10.30 – 11.00 – Rehat

11.00 – 12.30 - Pembentangan Kertas 2 - CABARAN PENGUKUHAN AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN CARA-CARA MENGATASINYA. Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat (Universiti Malaya)

12.30 – 2.00 ptg – Makan tengahari dan sholat dzuhur

2.30 – 4.30 – Perbincangan. Wacana isu-isu aqidah semasa (1). Pengerusi Sesi : Prof Madya Mohd. Kamil Bin Abd. Majid

Tarikh 9 Julai 2008

8.30 – 10.30 pagi – Pembentangan kertas kerja 3 - KEDUDUKAN TASAWUF DALAM DISIPLIN ILMU ISLAM. Oleh : Dr. Osama al-Said (Universiti Al-Azhar, Mesir)

10.30 – 11.00 – Rehat

11.00 – 12.30 – Pembentangan kertas kerja 4 - PENGERTIAN SALAFI MENURUT ULAMA ISLAM. Oleh : Ustaz Mahfuz Muhammad al-Khalil (Pendakwah Bebas)

12.30 – 2.00 – Makan Tengahari dan sholat dzuhur

2.00 – 4.00 – Perbincangan. Wacana isu-isu aqidah semasa (2). Pengerusi Sesi: Dr Luqman bin Abdullah


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
URUSETIA SEMINAR
APIUM Jabatan Akidah
Ustaz Siddiq - Tel No: 03-7967 6096/6014 - Handphone No: 017-291 5476

P/S - Difahamkan para peserta akan dikenakan bayaran. Sila hubungi urusetia seminar untuk maklumat lanjut.