Monday, June 30, 2008

Jangan kedekut


DSAI dituduh lagi...punyalah kotor UMNO


Semalam, kira - kira pukul 11 malam saya singgah makan di kedai ( tak ingat apa namanya ).Apa yang penting saya membelanjakan LE 10 untuk sepinggan ( semangkuk sebenarnya, sebab dalam mangkuk) nasi bercampur makarona dan suku potongan ayam.Makan malam ini agak mewah bagi saya.

Sedang - sedang makan saya terfikir sesuatu iaitu manusia yang kedekut ada 3 jenis.

1. Kedekut kepada orang lain
2.Kedekut kepada diri sendiri.
3.Kedekut kepada orang lain dan diri sendiri.

Dalam banyak perkara, saya menghidap penyakit yang ke 2 dan ke 3 iaitu kedekut kepada diri sendiri.Sikap yang tidak baik.

Bermakna, baru tadi malam saya tersedar yang saya kedekut kepada diri saya sendiri.
Apa yang saya perlu buat?

Sayangi diri sendiri dahulu sebelum menyayangi diri orang lain.
Tetapi bukannya bermakna saya kena mementingkan diri saya sendiri.

Saturday, June 28, 2008

Promosi buku


Saya tidak tahu samada remaja - remaja sekarang suka membaca buku - buku 'jenis' ini.Sila klik untuk melihat buku - buku yang dijual.Saya sekadar mempromosikan ( membantu ) buku - buku yang diuruskan oleh sahabat saya ini.Klik untuk terjun terus ke blog Akhi Faisal.

Jika ada peluang, saya juga mahu menulis satu hari nanti.
Ya.Buku - buku yang seperti ini juga.

Wednesday, June 25, 2008

Satu yang beranak pinak


Bahang matahari Kota Kaherah
menguji iman dan semangat



Satu = musim panas yang sangat panas.Panas keras.

Hanya kerana musim panas.

Menyebabkan diri jadi malas.
Malas nak keluar rumah.
Menyebabkan ponteng kelas.
Malas kemudian menjadi penyakit.
Penyakit banyak tidur di musim panas.
Malas bertambah - tambah.
Hanya bersembunyi dibawah bayang - bayang bilik/rumah sewa.
Semakin banyak kuliah - kuliah pengajian tertinggal sedangkan sahabat2x yang rajin semakin kehadapan.
Berehat di rumah sambil menonton cerita-cerita yang baru di'sedut'.
Borak - borak itu biasa.
Hanya kerana panas yang membahang menjadi sebabnya.

Sering saya teringat kata - kata ayah saya,

"Abah suruh kamu belajar sahaja..bukannya suruh cari duit, itupun malas"

Malas juga yang ayah saya tujukan kepada saya.


Jika takut panas....ini rumah yang selesa

Ya....MALAS.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Amacam...rasa PANAS ?

Tuesday, June 24, 2008

Keperluan Umat Kini

Ini adalah keterangan daripada Imam Al Ghazali sebagai formula buat saya di dalam ‘Fatawa’ nya.Saya jumpainya semasa meneliti sebuah buku falsafah.Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai satu perkongsian ilmiah.Cumanya saya tidak lagi jumpai kalam asal Imam Al Ghazali ini memandangkan kitab “ Fatawa” ataupun fatwa ini tidak saya miliki lagi.Mungkin saya akan cari kemudian.Keterangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali rahimahullah ( sila ambil perhatian pada ayat yang saya ‘bold’ kan:

“ Benar, bahawa bagi ahli falsafah itu di dalam masalah tabi’iyat, pendapat – pendapat mereka kebanyakannya adalah betul dan ia adalah pendapat – pendapat yang amat luas. Kebijaksanaan mereka di bidang ini telah diakui ramai dan mereka pun kadang – kadang memang bermaksudkan kebenaran, dan tidak tanda – tanda mereka menolak kebenaran agama.Akan tetapi perlulah diketahui bahawa ( disebalik kebijaksanaan dan keluasan ilmu mereka di dalam bidang tabi’iyat) mereka adalah orang – orang yang amat jahil tentang ilmu ketuhanan sehingga tidak ada satu pun bagi mereka ilmu ketuhanan melainkan sedikit sahaja, itu pun dengan kesilapan pula”

- hujjatul Islam, Imam Al Ghazali rahimahullah

Saya mulai yakin dengan apa yang saya perjuangkan dan dengan apa yang saya tanggapkan selama ini tentang golongan – golongan yang saya labelkan ahli – ahli dalam bidang ilmu jiwa, psikologi, filasuf dan yang seangkatan dengannya terutamanya cerdik pandai di Malaysia.

Amat kerap sebenarnya, apabila membaca tulisan – tulisan golongan ini, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Terasa seperti ajaran ataupun teori mereka di dalam menyelesaikan masalah masyarakat seperti tidak selari dengan ajaran Islam.

Saya menapis segala pembacaan saya dengan apa yang telah di ajar oleh doctor – doctor / masayikh ( pensyarah di tempat saya belajar kini).Ini sahaja bekalan saya sebenarnya supaya tidak terpesong dengan teori – teori halus mereka.

Sebagai rumusan buat bekalan bersama iaitu betapa umat Islam sebenarnya terpaksa sama ada mahu ataupun tidak agar kembali semula kepada menuntut ilmu – ilmu asas Islam iaitu tauhid, feqah dan tasauf serta melengkapkannya dengan ilmu - ilmu tentang perancangan jahat orang kafir sebagaimana yang diseru oleh Al A’lamah Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya yang berjudul ‘jundullah’.

Saya tidak menyalahkan mereka ini sebenarnya kerana saya tahu mereka sesetengahnya sememangnya mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan Islam itu sendiri.Tetapi, agama Islam agama yang amat cermat.Oleh itu saya menuntut kecermatan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkata tentang Islam.Anda ( ahli – ahli cerdik pandai) adalah manusia yang dipandang tinggi di sisi masyarakat.Kata – kata anda walaupun sedikit terkadang menjadi dalil dan rujukan orang - orang awam.Maka berhati – hatilah apabila berkata.

Cukuplah peringatan Allah yang sedikit ini tetapi besar pengertiannya.

Disampaikan melalui lisan Rasulullah SAW dan termaktub di dalam riwayat hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu :

“Sungguh adakala seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikannya, tiba – tiba ia tergelincir ke dalam neraka dengan sebab kalimat itu lebih jauh jarak antara timur dan barat”

- entry kempen meramaikan graduan – graduan usuludin di dalam syukbah akidah dan falsafah.Ini satu keperluan umat agar dapat mencantas segala ajaran karut golongan – golongan muktazilah moden ini.

Monday, June 23, 2008

Please take ur right channel

Azhariah harapan Islam

Pemberitahuan ini saya tujukan khas kepada insan - insan yang rasa dirinya wanita
( tidak kira pelajar perubatan, apatah lagi azhariah) dan tinggal di sekitar Kaherah.

Di masjid Sultan Hassan ( masjid 4 mazhab ), terdapat kelas fiqh Syafiee ( kitab Iqna' ) sejurus selepas solat Jumaat.Untuk makluman, pengajian baru masuk bab membicarakan hukum haid, nifas dan istihadhah.Digalakkan semua pergi terutamanya yang rasa dirinya terlibat dengan hukum - hukum bab ini ( andalah..siapa lagi? wanita sudah tentu dan lelaki akan menjadi suami dan ayah)

Sekarang ini yang hadir ( kelas minggu lepas) adalah pelajar lelaki ( sekitar 30 orang ) VS pelajar perempuan ( tak lebih 5 orang ).

Ke mana perginya Azhariah yang lain?

Ini sepatutnya bahagian anda Azhariah.

Jangan nanti apabila di tanya hukum - hukum berkaitan istihadhah, maka ada azhariah akan berkata:

"Maaf yer....erm...saya tak pernah alaminya....tanyalah orang lain"

Pulak.


( sila rujuk jadual pengajian di pautan jadual yang saya sediakan di atas )

Bersama ke arah Azhari dan Azhariah yang faqih (cadangan moto PMRAM utk tahun hadapan)



I can do it...



Don’t ever let somebody tell you….you can’t do it.

You got a dream…you gotta protect it.

People can’t do something themselves….they wanna tell you….you can’t do it.

If you want something, go get it.Period.


*********************

Saturday, June 21, 2008

SMS memanggil pulang


Hari ini saya mendapat lagi kiriman sms daripada kakak saya.Serasa saya ini sudah masuk sms yang ke 5 daripada keluarga bertanyakan tentang kepulangan saya.

Mahu balik ataupun tidak?

SMS daripada kak Ida hari ini :

"Assalamualaikum Dib ( nama panggilan saya yang ma'ruf dalam keluarga), berapa tahun lagi nak balik?Bila nak balik....rindulah.Teringat dulu - dulu kita selalu buat kerja sama - sama, pergi beraya sama- sama, jalan sama - sama, makan sepinggan...ingat tak?"




Ini pula SMS yang ibu saya kirimkan kepada saya ( SMS balasan daripada ibu sempena ucapan SMS Hari Ibu yang lalu).Saya simpan kemas SMS ini.

" Terima kasih atas ucapan tu.Mak pun sayangkan anak mak ni.Mak sentiasa doakan Adib.Belajarlah rajin - rajin....pulang nanti jadi ulamak yang terkenal dan dapat menyumbang kepada masyarakat, dapat memimpin keluarga nanti ke arah kebaikan...ke syurga"

Air mata saya mengalir tatkala membaca SMS ini.Terharu.

Sunday, June 15, 2008

Diari minyak

Sekadar untuk catatan peribadi saya.Kot kot esok PAS memerintah, saya jadi menteri kewangan, ble saya semak2x, berapa harga minyak yang berpatutan untuk rakyat.Huhu.

Berikut adalah harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota :
(Skrip dulu-dulu)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.

Thursday, June 12, 2008

Keaslian yang tak dijaga

Menarik tentang ideologi eugeniknya
ARYA, bangsa yang kononnya ter'power'

Suara gemersik seorang penyanyi Yaman yang berjudul Nassim Habat A’laina dari pembesar suara amat menenangkan fikiran dan sungguh – sungguh menjentik – jentik kelopak matanya agar terus gagah melayan kitab Milal wa Nihal.Perbahasan tentang agama – agama yang wujud di atas muka bumi sebelum era Isa Al Masih dilahirkan agak mencabar minat Syamil untuk terus menekuninya.Dia menghela panjang mencari nafas baru.Mana tau, masih ada lagi yang tersisa sebelum kepalanya dilapik bantal lembut, sebelum kelopak matanya dikatup.

Jam menunjukkan 1.40 pagi.

Istilah – istilah gharib, ketuhanan, cerita – cerita dongeng asas – asas penting, dan kupasan ahli falsafah Barat perdebatan para ulamak Milal wa Nihal di dalam agama Mesir Kuno, Hindu, Budha, Jinniah, Majusi, Zardasyat, Zarwaniah, Kiyumrasiah dan pecahan – pecahannya yang lain ditenung lama dan akhirnya menjadi satu kefahaman yang menarik minatnya.Bibirnya mengukir senyuman gembira.Dia cuba membuat kesimpulannya yang tersendiri.

Temannya, Si Zahir telah lama dibuai mimpi – mimpi indah dibawa bidadari – bidadari malam, barangkali juga bidadari – bidadari jelmaan syaitan yang menjelma mengindahkan mimpi anak Adam agar hanyut sehingga luput subuhnya nanti.Siapa tahu?

Sebenarnya dia tidak bercita – cita untuk menghafal berpuluh dan mungkin beratus fakta di dalam kitab yang ditatapnya itu.Biarlah peperiksaan terakhirnya Ahad ini dijawab penuh menurut kefahamannya dan disokong oleh dua tiga fakta yang menjadi pokok perbahasan sesuatu tajuk. Selebihnya dia bercadang untuk memuntahkan segala kefahamannya hasil perbincangannya dengan sahabatnya, Zahir.

Teorinya mudah sahaja.Semua agama yang terbit di atas muka bumi ini mempunyai kebarangkalian 95 peratus berasal daripada agama yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah.Kemudian, oleh kerana tidak dipelihara dan dijaga keasliannya, rata – rata pengubahsuaian yang dilakukan oleh penganut – penganutnya mula mengambil tempat keaslian ajaran – ajaran tersebut.

Bahkan Syamil juga yakin, Zardasyat yang dianggap Nabi Ibrahim itu bukanlah Nabi Ibrahim kerana terdapat perbezaan zaman, tempat, dan tarikh kelahirannya.Namun, latar belakang ceritanya, membuktikan boleh jadi Zardasyat juga adalah salah seorang nabi ataupun rijal soleh yang menyeru kepada mentauhidkan Allah dan menyeru kepada nilai – nilai kebaikan dan menolak kejahatan.Mungkin.

Sungguh tragis mengapa ajaran murni Zardasyat akhirnya diubah dan akhirnya menjadi agama Majusi, umat yang menyembah api yang pecaya bahawa nur api itu akan menyelamatkan mereka dibalik kegelapan akhirat kelak.

Otaknya mencari – cari data lain yang tersimpan kemas.

Dia teringat satu sedutan kisah yang tercatat di dalam kitab iktikad agama Hindu.Hatinya penuh rasa ketakjuban kerana kisah itu menceritakan tentang perihal sifat - sifat Allah SWT yang diolah dalam bentuk hiwar antara rakyat jelata dan rahib agama Hindu itu sendiri.Seolah – olah si rahib mengulas kitab Jauharatut Tauhid Imam Al Baijuri tetapi dalam ruang dan gaya yang berbeza tetapi tujuan yang sama.Tuhan yang layak disembah itu tuhan yang Esa.Tuhan yang menguasai tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi dan isinya.

Hatinya terasa puas, dia yakin bahawa Tuhannya yang maha kuasa adalah tuhan yang pernah disembah sebelum tangan – tangan rahib dan kahin - kahin mentahrif ajaran asal agama tersebut.Membakar kitab – kitab asal dan merubahnya sesuka hati mereka.

Pandangannya dilontarkan ke arah naskhah Al Quran di atas komputernya, Mr.2807.Ternyata hanya kitab mukjizat ini sahaja yang mendapat jaminan penjagaan oleh Penciptanya.Mana mungkin manusia dapat mengubahnya sedangkan berjuta – juta umat Islam menyimpan kemas kalamullah qadim ini di dada – dada mereka.Mana mungkin.

Matanya terasa kantuk.Ditutupnya kitab olahan tiga orang doktor kuliahnya yang padat dan sarat dengan maklumat.Jari jemarinya mula lincah menekan tetikus komputernya.Permainan maya mula mengambil alih kitab milal wa nihalnya.Tekadnya malam itu dia mahu mengalahkan seseorang sebelum dia melabuhkan tirai malamnya.

Bidak putih mengambil tempat.Bishop pula gagah menyerong kehadapan.Taktik jerangkap silang yang dipelajari semasa mewakili sekolah dahulu dapat dibaca oleh lawannya.Matanya cergas melihat ke sana sini, mengagak – agak langkah maut apakah yang akan dilakukan oleh lawannya.Kudanya berjaya meragut bishop hitam lawannya.

Tersenyum. Sinis.

Selepas 20 minit berlalu.

“Ahh…kalah lagi”

“Hurm…tidur lagi enak”

Moga mimpi malam yang bahang ini didatangi oleh roh Ahmad Deedat ataupun doktor Zakir Naik.Harapannya.

Dimatikan Mr.2807 nya.

Selamat malam 2807.Suatu masa nanti kita ketemu lagi.Mungkin esok, mungkin lusa.

Jika sinar masih ada lagi buatku.

Wednesday, June 11, 2008

Faham melalui pengalaman

Tak makan manakan tau enaknya mahysi
Tak pernah minum manakan tau leganya menghirup haraulah
Tak lalu..tak rasa.

Hari ini bercerita tentang keberkatan dengan seorang kawan.Dia kata benda ini benda kecil.Betul - betul seorang 'agamawan'.

Terkadang malu berhadapan dengan kawan - kawan yang belajar dikuliah perubatan.
Mereka lebih faham apa itu keberkatan bagi saya.

Kawan saya si kembar ( future doctor ), matanya lebam - lebam belajar tidak tidur malam.Biliknya penuh dengan gaya seorang doktor Muslim yang betul - betul belajar bukan berangan - angan.Tertampal di dinding biliknya : Pelajar kembar terbaik SPM 2003, Kolej Islam Sultan Alam Shah.SEMANGAT.

Berceritalah tentang keberkatan, sedangkan mengharap berkat turun di atas bantal.Kurangkan tidur barulah cerita tentang keberkatan.

Laluilah dahulu kesusahan, baru bercerita tentang keberkatan.Kelak boleh diceritakan kepada anak - anak dan cucu - cucu kerana anda memang melaluinya sebagai sebuah pengalaman.

: maaf kepada sahabat di Segamat, kata - kata saya semalam agak kurang adab.Jauh disudut hati tidak mahu menyusahkan sebenarnya.Tetapi disebalik menyusahkan sahabat, di situ asal tercernanya sebuah kesefahaman.

Tuesday, June 10, 2008

Memahami hati melalui pandangan mata

Assalamualaikum..

Saya nak promote satu cerita ( kalau ada yang belum menontonnya).

Taare Zameen Par
( setiap insan ada keistimewaannya).



antara sedutan kisah

Saya yakin minit pertama cerita ini akan membuatkan anda tidak mahu angkat punggung.

Dalam dunia ini tidak ada sebenarnya manusia yang benar - benar mampu memahami insan lain kecuali murabbi ( guru tasauf ) yang benar - benar teruji keasliannya di dalam bidang tasauf - gunanya menunjukkan jalan dunianya dan jalan akhiratnya ( syumul).

Tolak ketepi pakar psikologi, tolaklah ketepi ahli - ahli sains sosial, tolak ketepi pakar motivasi.Mereka ini hanya dapat menghulurkan tali ( tanpa mengetahui tali yang terbaik - meneka - neka) tatkala kita jatuh ke sebuah perigi yang dalam, tetapi guru tasauf yang asli adalah orang yang menghulur tali ( yang terbaik dan tepat ) juga orang yang menarik dan menyelamatkan kita dari terus lemas.

Kembalilah kepada bimbingan para ulamak tatkala zaman menutup keupayaan para ulamak - ulamak Islam.

Sunday, June 8, 2008

hilang punca #$%*@+

Faravahar - pengawal Zoroastrianisme dalam kepercayaan mereka


Kali ke dua posting dalam masa sehari ( tension - mencari tempat yang sesuai melepaskan perasaan)

Madah milal wa nihal yang akan saya hadapi ( paper last 15 hb nih ), betul - betul menguji kali ini.
Hilang punca, sehingga saya terpaksa mencari bahan - bahan luar di dalam bahasa Melayu.Kali ini, buku yang disediakan oleh doktor bukan sahaja menyentuh tentang lebih 6 agama yang berbeza, juga sejarah negara itu sekali.

Susunan bahasanya amat berat.

( semenjak kitab ini dikeluarkan, langsung tidak ada mood untuk menekuninya )

Saya rasa, saya terpaksa mengambil jalan terakhir - study dengan Nizam.Hari itu juga dia mengeluh...tentang madah ini.Entah, bahagi dua rasanya yang terbaik.Ada 10 hari lagi.

: Pa'an si xxx telah memerdekakan dirinya.Kenapalah kuliah syariah lebih awal habis.Ketika ini dia sudah berada di Dumyat menenangkan fikiran.Jealous2x.

BENDA YANG SENANG AKAN JADI SUSAH JIKA MENYAMPAH.Gitulah sebaliknya.Inilah sindrom yang saya hadapi sekarang.

Anak kecil main api.

Buat x student SMKAS 2003 ( manalah tau, kot kot tersesat di blog ni).Ingat lagi melodi lagu ini.9 tahun yang lalu.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Friday, June 6, 2008

angin puss pusss

ahhh......

lega...
sungguh lega...
sungguh...
percayalah.
saya lega.

Lega kerana dapat menyedut angin yang baru.
Blog begini terasa lebih lega.
Ahh...leganya.

Beraksilah dengan apa sahaja posisi yang selesa.
Saya amat percaya kelegaan itu datang dari keselesaan yang mampu menukar 1000 keserabutan.
Untuk 1 ketenangan.

Nantikan angin saya yang baru.

L.E.G.A.


test

ISA zalim kerana:
* menahan dan memenjara aktivis tanpa bicara
* merampas hak kebebasan aktivis
* mencabul hak asasi manusia seorang aktivis
* menafikan hak aktivis membela diri di mahkamah terbuka
* menzalimi isteri, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan aktivis
* memaksa aktivis untuk akur hidup dalam penjara walaupun tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan
* melanggar prinsip bahawa aktivis tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah di mahkamah terbuka
* memenjarakan aktivis dengan niat jahat (mala fide) mereka-reka alasan penahanan
* Setiap aktivis hendaklah betul-betul yakin bahawa kezaliman ISA adalah kerana ia melanggar prinsip-prinsip di atas.
* Jika aktivis tidak sedikit disentuh sekali pun oleh SB semasa tahanan 60 hari atau telah dilayan dengan baik sepanjang ditahan di Kem Kamunting, ISA tetap zalim kerana ia mencabul prinsip-prinsip di atas!
Jangan sekali-kali keliru!