Ini adalah keterangan daripada Imam Al Ghazali sebagai formula buat saya di dalam ‘Fatawa’ nya.Saya jumpainya semasa meneliti sebuah buku falsafah.Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai satu perkongsian ilmiah.Cumanya saya tidak lagi jumpai kalam asal Imam Al Ghazali ini memandangkan kitab “ Fatawa” ataupun fatwa ini tidak saya miliki lagi.Mungkin saya akan cari kemudian.Keterangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali rahimahullah ( sila ambil perhatian pada ayat yang saya ‘bold’ kan:
“ Benar, bahawa bagi ahli falsafah itu di dalam masalah tabi’iyat, pendapat – pendapat mereka kebanyakannya adalah betul dan ia adalah pendapat – pendapat yang amat luas. Kebijaksanaan mereka di bidang ini telah diakui ramai dan mereka pun kadang – kadang memang bermaksudkan kebenaran, dan tidak tanda – tanda mereka menolak kebenaran agama.Akan tetapi perlulah diketahui bahawa ( disebalik kebijaksanaan dan keluasan ilmu mereka di dalam bidang tabi’iyat) mereka adalah orang – orang yang amat jahil tentang ilmu ketuhanan sehingga tidak ada satu pun bagi mereka ilmu ketuhanan melainkan sedikit sahaja, itu pun dengan kesilapan pula”
- hujjatul Islam, Imam Al Ghazali rahimahullah
Saya mulai yakin dengan apa yang saya perjuangkan dan dengan apa yang saya tanggapkan selama ini tentang golongan – golongan yang saya labelkan ahli – ahli dalam bidang ilmu jiwa, psikologi, filasuf dan yang seangkatan dengannya terutamanya cerdik pandai di Malaysia.
Amat kerap sebenarnya, apabila membaca tulisan – tulisan golongan ini, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Terasa seperti ajaran ataupun teori mereka di dalam menyelesaikan masalah masyarakat seperti tidak selari dengan ajaran Islam.
Saya menapis segala pembacaan saya dengan apa yang telah di ajar oleh doctor – doctor / masayikh ( pensyarah di tempat saya belajar kini).Ini sahaja bekalan saya sebenarnya supaya tidak terpesong dengan teori – teori halus mereka.
Sebagai rumusan buat bekalan bersama iaitu betapa umat Islam sebenarnya terpaksa sama ada mahu ataupun tidak agar kembali semula kepada menuntut ilmu – ilmu asas Islam iaitu tauhid, feqah dan tasauf serta melengkapkannya dengan ilmu - ilmu tentang perancangan jahat orang kafir sebagaimana yang diseru oleh Al A’lamah Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya yang berjudul ‘jundullah’.
Saya tidak menyalahkan mereka ini sebenarnya kerana saya tahu mereka sesetengahnya sememangnya mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan Islam itu sendiri.Tetapi, agama Islam agama yang amat cermat.Oleh itu saya menuntut kecermatan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkata tentang Islam.Anda ( ahli – ahli cerdik pandai) adalah manusia yang dipandang tinggi di sisi masyarakat.Kata – kata anda walaupun sedikit terkadang menjadi dalil dan rujukan orang - orang awam.Maka berhati – hatilah apabila berkata.
Cukuplah peringatan Allah yang sedikit ini tetapi besar pengertiannya.
Disampaikan melalui lisan Rasulullah SAW dan termaktub di dalam riwayat hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu :
“Sungguh adakala seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikannya, tiba – tiba ia tergelincir ke dalam neraka dengan sebab kalimat itu lebih jauh jarak antara timur dan barat”
- entry kempen meramaikan graduan – graduan usuludin di dalam syukbah akidah dan falsafah.Ini satu keperluan umat agar dapat mencantas segala ajaran karut golongan – golongan muktazilah moden ini.
No comments:
Post a Comment