Thursday, July 17, 2008

Muhasabah

Takut
Jangan keluar
Takut
Jangan ambil
Takut
Jangan pergi
Takut
Pesan pada kawan
"Tolong pergi semakkan"
Takut
Umur semakin menginjak
Takut
Keluarga sudah panggil pulang
Takut
Dakwah tidak dipandang orang
Takut
Ini kegagalan
Takut
Putus asa menyerang
Takut
Ini satu kenyataan
Takut
Bukan tidak ada tawakal
Takut
"Aku insan biasa"
Wajar sahaja aku takut

Sajak yang saya fikirkan sepulangnya menziarahi Sheikh Abdul Latif di masjid Saiyidina Hussein.Jika ada masalah pengajian, semangat yang luntur, wajah sheikh Abd Latif akan menjadi pengubatnya.Sheikh tidak habis - habis mendokan saya berjaya sehingga dapat menghabiskan pengajian saya di Al Azhar.Sepanjang mengurut - ngurut tangan dan kakinya, doa itu sahaja yang disebut - sebut.Naik malu saya tetapi saya suka.Manalah tau, berkat doa sheikh.Siapa tahu?

"InsyaAllah..najah sehingga menjadi doktorah...berjaya seperti saiyidina Hussein di alam sana" doanya.

Alhamdulillah.Tugas menjadi moderator untuk program kuiz hari keluarga BKPJM sudah selesai dilaksanakan sebaik mungkin.Walaupun pagi - pagi hari sebelum program berjalan, keyakinan tiba - tiba hilang.Kenapa?

" Pect ( topect - nama saya )...aku nak kau conduct macam aku condact tau...dulu aku buat best tau.Kau buat best - best tau, jangan nanti suram jer"

Tiba - tiba hati saya terasa serba tidak kena. "Best macam kau?" .Kata hati saya.

"Best sangat ker?"

Saya cuba buangkan jauh - jauh 'harapannya' itu sebelum program berjalan supaya saya menjadi diri saya sendiri.Tetapi, kata - kata itu tetap berbekas, harapan itu menghilangkan keyakinan.Solat hajat saya tunaikan, meminta keyakinan dan ketenangan.

Jika saya menjadi dia, saya tidak akan berkata begitu.Dia bukannya tidak tahu, dari A - Z program kuiz itu adalah buah fikiran saya sendiri.Saya mengusahakannya sendiri untuk hari keluarga kali ini.Ini hadiah daripada saya untuk ahli, saya tidak tidur beberapa malam memikirkan format, mengumpul soalan, mengatur dan sebagainya.

Tidak kisahlah anda siapa, usah berkata begitu.Ia memberi tekanan kepada yang menerima 'harapan' anda itu.Sebaliknya berkatalah begini,

"Ok Pect.....kita dah buat semua, sudah merancang semua...aku harap program berjalan baik.Apa pun yang kau akan buat nanti, kami sebagai ajk akan terima seadanya"

Begini yang sebaiknya.Bukannya program kuiz ini perkara besar sehingga saya menulis begini, tetapi ini masalah sikap, keprofesionalan kita menjadi ajk / ketua.Bayangkan, anda mempunyai seorang anak kecil yang menduduki peperiksaan.Di minggu - minggu peperiksaan, anda sebagai ibu dan bapa berkata begitu.Setiap hari sebelum ke sekolah di sepanjang minggu peperiksaan, 'sarapan' ini yang anda suapkan di mulut anak anda.

"Nak...abi ( ayah ) dulu belajar sampai ke timur tengah...tuh ..tengok ummi, pandai sampai jadi doktor.Jadi,...abi dan ummi nak kamu jadi macam kami.Sehebat kami.Boleh?"

Anak anda akan mengangguk tetapi hatinya pasti gemuruh, bimbang.

"Dapat ker aku jadi macam abi dan ummi...aku bukannya pandai sangat"

Sebaliknya berkatalah begini.

"Abi dan ummi sudah pernah menempuh alam persekolahan.Abi tau...susah payahnya.Jadi, abi sememangnya berharap kamu akan berjaya dalam exam kali ini, tapi...apa pun yang kamu dapat nanti abi dan ummi akan terima.Abi dan ummi cuma mahukan kamu buat sehabis baik, usaha dan banyakkan berdoa...nanti sebelum jawab baca bismillah...baca selawat yer nak.

Pasti anak anda melangkah ke sekolah dengan memikul harapan anda tetapi dalam keadaan yang berbeza, semangat yang berkobar - kobar dan emosi yang cukup 'power'.

Dua keadaan yang berbeza hasil daripada 'skill' anda berdialog secara berjiwa dan berperasaan.
Satu muhasabah buat saya dan anda.

p/s : Syukran kepada AJK untuk program kuiz yang banyak menolong.Kesilapan, dan tarik muka saya....saya minta maaf.




1 comment:

Anonymous said...

Komen 1: gagal sekali bukan gagal selama2nya.
gagal 2 kali,kita masih boleh bangkit lagi.

kegagalan yang sebenar adalah
apabila kita melakukan kesilapan berulang kali.
saya doakan yang terbaik untuk ustaz.
anda telah berusaha, biarlah Allah penentu kejayaannya.

komen 2:"aku nak kau conduct macam aku condact tau...tahun lepas aku buat best tau.Kau buat best - best tau, jangan nanti suram jer"

species cmni memang banyak kat dunia. perasan bagus orang kata. tapi bagi saya, anggap itu satu cabaran. dan xsemestinya semua cabaran perlu disahut. you know your strength. just be yourself. do the best you can do. always think positive. seperti yang ustaz pesan pada saya, merendah diri, tawakal tinggi, istiqomah dalam perjuangan, jelas akan matlamat.

"InsyaAllah..najah sehingga menjadi doktorah...berjaya seperti saiyidina Hussein di alam sana"