Monday, June 30, 2008

Jangan kedekut


DSAI dituduh lagi...punyalah kotor UMNO


Semalam, kira - kira pukul 11 malam saya singgah makan di kedai ( tak ingat apa namanya ).Apa yang penting saya membelanjakan LE 10 untuk sepinggan ( semangkuk sebenarnya, sebab dalam mangkuk) nasi bercampur makarona dan suku potongan ayam.Makan malam ini agak mewah bagi saya.

Sedang - sedang makan saya terfikir sesuatu iaitu manusia yang kedekut ada 3 jenis.

1. Kedekut kepada orang lain
2.Kedekut kepada diri sendiri.
3.Kedekut kepada orang lain dan diri sendiri.

Dalam banyak perkara, saya menghidap penyakit yang ke 2 dan ke 3 iaitu kedekut kepada diri sendiri.Sikap yang tidak baik.

Bermakna, baru tadi malam saya tersedar yang saya kedekut kepada diri saya sendiri.
Apa yang saya perlu buat?

Sayangi diri sendiri dahulu sebelum menyayangi diri orang lain.
Tetapi bukannya bermakna saya kena mementingkan diri saya sendiri.

Saturday, June 28, 2008

Promosi buku


Saya tidak tahu samada remaja - remaja sekarang suka membaca buku - buku 'jenis' ini.Sila klik untuk melihat buku - buku yang dijual.Saya sekadar mempromosikan ( membantu ) buku - buku yang diuruskan oleh sahabat saya ini.Klik untuk terjun terus ke blog Akhi Faisal.

Jika ada peluang, saya juga mahu menulis satu hari nanti.
Ya.Buku - buku yang seperti ini juga.

Wednesday, June 25, 2008

Satu yang beranak pinak


Bahang matahari Kota Kaherah
menguji iman dan semangat



Satu = musim panas yang sangat panas.Panas keras.

Hanya kerana musim panas.

Menyebabkan diri jadi malas.
Malas nak keluar rumah.
Menyebabkan ponteng kelas.
Malas kemudian menjadi penyakit.
Penyakit banyak tidur di musim panas.
Malas bertambah - tambah.
Hanya bersembunyi dibawah bayang - bayang bilik/rumah sewa.
Semakin banyak kuliah - kuliah pengajian tertinggal sedangkan sahabat2x yang rajin semakin kehadapan.
Berehat di rumah sambil menonton cerita-cerita yang baru di'sedut'.
Borak - borak itu biasa.
Hanya kerana panas yang membahang menjadi sebabnya.

Sering saya teringat kata - kata ayah saya,

"Abah suruh kamu belajar sahaja..bukannya suruh cari duit, itupun malas"

Malas juga yang ayah saya tujukan kepada saya.


Jika takut panas....ini rumah yang selesa

Ya....MALAS.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Amacam...rasa PANAS ?

Tuesday, June 24, 2008

Keperluan Umat Kini

Ini adalah keterangan daripada Imam Al Ghazali sebagai formula buat saya di dalam ‘Fatawa’ nya.Saya jumpainya semasa meneliti sebuah buku falsafah.Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai satu perkongsian ilmiah.Cumanya saya tidak lagi jumpai kalam asal Imam Al Ghazali ini memandangkan kitab “ Fatawa” ataupun fatwa ini tidak saya miliki lagi.Mungkin saya akan cari kemudian.Keterangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali rahimahullah ( sila ambil perhatian pada ayat yang saya ‘bold’ kan:

“ Benar, bahawa bagi ahli falsafah itu di dalam masalah tabi’iyat, pendapat – pendapat mereka kebanyakannya adalah betul dan ia adalah pendapat – pendapat yang amat luas. Kebijaksanaan mereka di bidang ini telah diakui ramai dan mereka pun kadang – kadang memang bermaksudkan kebenaran, dan tidak tanda – tanda mereka menolak kebenaran agama.Akan tetapi perlulah diketahui bahawa ( disebalik kebijaksanaan dan keluasan ilmu mereka di dalam bidang tabi’iyat) mereka adalah orang – orang yang amat jahil tentang ilmu ketuhanan sehingga tidak ada satu pun bagi mereka ilmu ketuhanan melainkan sedikit sahaja, itu pun dengan kesilapan pula”

- hujjatul Islam, Imam Al Ghazali rahimahullah

Saya mulai yakin dengan apa yang saya perjuangkan dan dengan apa yang saya tanggapkan selama ini tentang golongan – golongan yang saya labelkan ahli – ahli dalam bidang ilmu jiwa, psikologi, filasuf dan yang seangkatan dengannya terutamanya cerdik pandai di Malaysia.

Amat kerap sebenarnya, apabila membaca tulisan – tulisan golongan ini, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.Terasa seperti ajaran ataupun teori mereka di dalam menyelesaikan masalah masyarakat seperti tidak selari dengan ajaran Islam.

Saya menapis segala pembacaan saya dengan apa yang telah di ajar oleh doctor – doctor / masayikh ( pensyarah di tempat saya belajar kini).Ini sahaja bekalan saya sebenarnya supaya tidak terpesong dengan teori – teori halus mereka.

Sebagai rumusan buat bekalan bersama iaitu betapa umat Islam sebenarnya terpaksa sama ada mahu ataupun tidak agar kembali semula kepada menuntut ilmu – ilmu asas Islam iaitu tauhid, feqah dan tasauf serta melengkapkannya dengan ilmu - ilmu tentang perancangan jahat orang kafir sebagaimana yang diseru oleh Al A’lamah Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya yang berjudul ‘jundullah’.

Saya tidak menyalahkan mereka ini sebenarnya kerana saya tahu mereka sesetengahnya sememangnya mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan Islam itu sendiri.Tetapi, agama Islam agama yang amat cermat.Oleh itu saya menuntut kecermatan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkata tentang Islam.Anda ( ahli – ahli cerdik pandai) adalah manusia yang dipandang tinggi di sisi masyarakat.Kata – kata anda walaupun sedikit terkadang menjadi dalil dan rujukan orang - orang awam.Maka berhati – hatilah apabila berkata.

Cukuplah peringatan Allah yang sedikit ini tetapi besar pengertiannya.

Disampaikan melalui lisan Rasulullah SAW dan termaktub di dalam riwayat hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu :

“Sungguh adakala seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikannya, tiba – tiba ia tergelincir ke dalam neraka dengan sebab kalimat itu lebih jauh jarak antara timur dan barat”

- entry kempen meramaikan graduan – graduan usuludin di dalam syukbah akidah dan falsafah.Ini satu keperluan umat agar dapat mencantas segala ajaran karut golongan – golongan muktazilah moden ini.

Monday, June 23, 2008

Please take ur right channel

Azhariah harapan Islam

Pemberitahuan ini saya tujukan khas kepada insan - insan yang rasa dirinya wanita
( tidak kira pelajar perubatan, apatah lagi azhariah) dan tinggal di sekitar Kaherah.

Di masjid Sultan Hassan ( masjid 4 mazhab ), terdapat kelas fiqh Syafiee ( kitab Iqna' ) sejurus selepas solat Jumaat.Untuk makluman, pengajian baru masuk bab membicarakan hukum haid, nifas dan istihadhah.Digalakkan semua pergi terutamanya yang rasa dirinya terlibat dengan hukum - hukum bab ini ( andalah..siapa lagi? wanita sudah tentu dan lelaki akan menjadi suami dan ayah)

Sekarang ini yang hadir ( kelas minggu lepas) adalah pelajar lelaki ( sekitar 30 orang ) VS pelajar perempuan ( tak lebih 5 orang ).

Ke mana perginya Azhariah yang lain?

Ini sepatutnya bahagian anda Azhariah.

Jangan nanti apabila di tanya hukum - hukum berkaitan istihadhah, maka ada azhariah akan berkata:

"Maaf yer....erm...saya tak pernah alaminya....tanyalah orang lain"

Pulak.


( sila rujuk jadual pengajian di pautan jadual yang saya sediakan di atas )

Bersama ke arah Azhari dan Azhariah yang faqih (cadangan moto PMRAM utk tahun hadapan)



I can do it...



Don’t ever let somebody tell you….you can’t do it.

You got a dream…you gotta protect it.

People can’t do something themselves….they wanna tell you….you can’t do it.

If you want something, go get it.Period.


*********************

Saturday, June 21, 2008

SMS memanggil pulang


Hari ini saya mendapat lagi kiriman sms daripada kakak saya.Serasa saya ini sudah masuk sms yang ke 5 daripada keluarga bertanyakan tentang kepulangan saya.

Mahu balik ataupun tidak?

SMS daripada kak Ida hari ini :

"Assalamualaikum Dib ( nama panggilan saya yang ma'ruf dalam keluarga), berapa tahun lagi nak balik?Bila nak balik....rindulah.Teringat dulu - dulu kita selalu buat kerja sama - sama, pergi beraya sama- sama, jalan sama - sama, makan sepinggan...ingat tak?"




Ini pula SMS yang ibu saya kirimkan kepada saya ( SMS balasan daripada ibu sempena ucapan SMS Hari Ibu yang lalu).Saya simpan kemas SMS ini.

" Terima kasih atas ucapan tu.Mak pun sayangkan anak mak ni.Mak sentiasa doakan Adib.Belajarlah rajin - rajin....pulang nanti jadi ulamak yang terkenal dan dapat menyumbang kepada masyarakat, dapat memimpin keluarga nanti ke arah kebaikan...ke syurga"

Air mata saya mengalir tatkala membaca SMS ini.Terharu.