Thursday, June 12, 2008

Keaslian yang tak dijaga

Menarik tentang ideologi eugeniknya
ARYA, bangsa yang kononnya ter'power'

Suara gemersik seorang penyanyi Yaman yang berjudul Nassim Habat A’laina dari pembesar suara amat menenangkan fikiran dan sungguh – sungguh menjentik – jentik kelopak matanya agar terus gagah melayan kitab Milal wa Nihal.Perbahasan tentang agama – agama yang wujud di atas muka bumi sebelum era Isa Al Masih dilahirkan agak mencabar minat Syamil untuk terus menekuninya.Dia menghela panjang mencari nafas baru.Mana tau, masih ada lagi yang tersisa sebelum kepalanya dilapik bantal lembut, sebelum kelopak matanya dikatup.

Jam menunjukkan 1.40 pagi.

Istilah – istilah gharib, ketuhanan, cerita – cerita dongeng asas – asas penting, dan kupasan ahli falsafah Barat perdebatan para ulamak Milal wa Nihal di dalam agama Mesir Kuno, Hindu, Budha, Jinniah, Majusi, Zardasyat, Zarwaniah, Kiyumrasiah dan pecahan – pecahannya yang lain ditenung lama dan akhirnya menjadi satu kefahaman yang menarik minatnya.Bibirnya mengukir senyuman gembira.Dia cuba membuat kesimpulannya yang tersendiri.

Temannya, Si Zahir telah lama dibuai mimpi – mimpi indah dibawa bidadari – bidadari malam, barangkali juga bidadari – bidadari jelmaan syaitan yang menjelma mengindahkan mimpi anak Adam agar hanyut sehingga luput subuhnya nanti.Siapa tahu?

Sebenarnya dia tidak bercita – cita untuk menghafal berpuluh dan mungkin beratus fakta di dalam kitab yang ditatapnya itu.Biarlah peperiksaan terakhirnya Ahad ini dijawab penuh menurut kefahamannya dan disokong oleh dua tiga fakta yang menjadi pokok perbahasan sesuatu tajuk. Selebihnya dia bercadang untuk memuntahkan segala kefahamannya hasil perbincangannya dengan sahabatnya, Zahir.

Teorinya mudah sahaja.Semua agama yang terbit di atas muka bumi ini mempunyai kebarangkalian 95 peratus berasal daripada agama yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah.Kemudian, oleh kerana tidak dipelihara dan dijaga keasliannya, rata – rata pengubahsuaian yang dilakukan oleh penganut – penganutnya mula mengambil tempat keaslian ajaran – ajaran tersebut.

Bahkan Syamil juga yakin, Zardasyat yang dianggap Nabi Ibrahim itu bukanlah Nabi Ibrahim kerana terdapat perbezaan zaman, tempat, dan tarikh kelahirannya.Namun, latar belakang ceritanya, membuktikan boleh jadi Zardasyat juga adalah salah seorang nabi ataupun rijal soleh yang menyeru kepada mentauhidkan Allah dan menyeru kepada nilai – nilai kebaikan dan menolak kejahatan.Mungkin.

Sungguh tragis mengapa ajaran murni Zardasyat akhirnya diubah dan akhirnya menjadi agama Majusi, umat yang menyembah api yang pecaya bahawa nur api itu akan menyelamatkan mereka dibalik kegelapan akhirat kelak.

Otaknya mencari – cari data lain yang tersimpan kemas.

Dia teringat satu sedutan kisah yang tercatat di dalam kitab iktikad agama Hindu.Hatinya penuh rasa ketakjuban kerana kisah itu menceritakan tentang perihal sifat - sifat Allah SWT yang diolah dalam bentuk hiwar antara rakyat jelata dan rahib agama Hindu itu sendiri.Seolah – olah si rahib mengulas kitab Jauharatut Tauhid Imam Al Baijuri tetapi dalam ruang dan gaya yang berbeza tetapi tujuan yang sama.Tuhan yang layak disembah itu tuhan yang Esa.Tuhan yang menguasai tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi dan isinya.

Hatinya terasa puas, dia yakin bahawa Tuhannya yang maha kuasa adalah tuhan yang pernah disembah sebelum tangan – tangan rahib dan kahin - kahin mentahrif ajaran asal agama tersebut.Membakar kitab – kitab asal dan merubahnya sesuka hati mereka.

Pandangannya dilontarkan ke arah naskhah Al Quran di atas komputernya, Mr.2807.Ternyata hanya kitab mukjizat ini sahaja yang mendapat jaminan penjagaan oleh Penciptanya.Mana mungkin manusia dapat mengubahnya sedangkan berjuta – juta umat Islam menyimpan kemas kalamullah qadim ini di dada – dada mereka.Mana mungkin.

Matanya terasa kantuk.Ditutupnya kitab olahan tiga orang doktor kuliahnya yang padat dan sarat dengan maklumat.Jari jemarinya mula lincah menekan tetikus komputernya.Permainan maya mula mengambil alih kitab milal wa nihalnya.Tekadnya malam itu dia mahu mengalahkan seseorang sebelum dia melabuhkan tirai malamnya.

Bidak putih mengambil tempat.Bishop pula gagah menyerong kehadapan.Taktik jerangkap silang yang dipelajari semasa mewakili sekolah dahulu dapat dibaca oleh lawannya.Matanya cergas melihat ke sana sini, mengagak – agak langkah maut apakah yang akan dilakukan oleh lawannya.Kudanya berjaya meragut bishop hitam lawannya.

Tersenyum. Sinis.

Selepas 20 minit berlalu.

“Ahh…kalah lagi”

“Hurm…tidur lagi enak”

Moga mimpi malam yang bahang ini didatangi oleh roh Ahmad Deedat ataupun doktor Zakir Naik.Harapannya.

Dimatikan Mr.2807 nya.

Selamat malam 2807.Suatu masa nanti kita ketemu lagi.Mungkin esok, mungkin lusa.

Jika sinar masih ada lagi buatku.

No comments: